Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 31 Disember 2013

Polis Selangor menemui satu bom buatan sendiri dalam satu kejadian Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata penemuan itu dibuat ketika anggotanya sedang memeriksa seorang lelaki di Tasik Permai, Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi Ahad.
Katanya, sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat berkenaan mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.
“Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi kelmarin.
Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.
Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957anakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124c Kanun Keseksaan.
Catat Ulasan