Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

JINGGA 13 GERTAK POLIS : Tarik balik tuduhan atau kita akan saman,

Bagi pendapat Admin @pm, Polis hanya menjalankan siasatan serta amaran sahaja agar perkara ini benar benar tidak terjadi bagi memastikan keamanan negara terjamindan mereka menyiasat berdasarkan pengamatan sebelum mengeluarkan kenyataan itu sahaja ,jadi sampai nak saman saman Polis la bagai bagi menarik minat peserta datang ker ?kalau amaran yang di keluarkan tidak bersangkut paut dengan Korang tak perlulah risau !!!! ni macam mental pecah jer napa erk ,bagaikan Demo tu bakal membawa pulangan yang lumayan pula ?
Kita lihat sahaja apa hasil serta tujuan mereka selepas tamat perhimpunan itu nanti dan yang pastinya tiada hasil kita dengan kerja kita mereka dengan kekecewaan mereka yang bagaikan tiada penghujungnya saja
KUALA LUMPUR – Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mendesak Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh tarik balik tuduhan bahawa Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menimbulkan kekecohan pada sambutan malam tahun baru di Dataran Merdeka.
Menurut Timbalan Koordinator Jingga 13 Amizudin Ahmad, kegagalan Amar Ishar untuk menarik balik dakwaan tersebut akan menyaksikan tuntutan saman keatas Polis DiRaja Malaysia oleh NGO berkenaan.
Semalam pihak polis mendakwa Jingga 12 merupakan di antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan Turun pada 31 Disember, selain Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.
Amizudin berkata polis juga menuduh bahawa gerakan Turun akan melakukan keganasan dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan.
“Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan adalah merupakan fitnah serta bertujuan menakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru-hara, senjata dan bom tangan.
“Oleh kita menuntut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk menarik balik dakwaan. Sekiranya tidak, Jingga 13 tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung fitnah Amar Ishar keatas Jingga 13 di ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Antara lain, Amizudin berkata Jingga 13 juga akan memfailkan saman keatas TV3, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, kerana menyiarkan berita fitnah tersebut biarpun telah dinafikan sebelum ini.
” Kita menganggap dakwaan tersebut hanyalah untuk mengalihkan isu besar mengenai kenaikan berantai harga barang yang ternyata membebankan rakyat.
“Dan Jingga 13 diserang ekoran dari sikap komited yang diperlihatkan dalam membantah isu tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak pihak polis untuk mengemukakan bukti bahawa NGO itu terlibat dengan segala pertuduhan dan bukannya dibuat berdasarkan risikan.
Pada masa yang sama, Amizudin menegaskan pendirian Jingga 13 untuk tetap mengadakan perhimpunan Turun pada malam sambutan tahun baru biarpun menyaksikan kecaman daripada pihak berkuasa.
Terdahulu Amar Ishar berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.
Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan.
“Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, Amar Ishar turut berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Tiada ulasan: