Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

Individu rosakkan kenderaan polis di Teluk Cempedak diminta serah diri


KUANTAN: Pihak polis meminta individu yang merosakkan kenderaan polis di Teluk Cempedak di sini pada Selasa lepas agar menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata gambar mereka yang sedang melakukan jenayah itu telah tersiar dalam beberapa akhbar.
“Kesemua individu terbabit dinasihatkan supaya menyerah diri secara sukareladi IPD Kuantan sebelum pihak polis bertindak mengesan mereka,” katanya.
Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan sambutan malam Krismas telah bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di Pantai Teluk Cempedak.
Tiga daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Jumaat lepas.

-BERNAMA

Tiada ulasan: