Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Disember 2013

Himpunan guling kerajaan dibantah

Para peniaga di sekitar Dataran Merdeka kesal meminta penganjur perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini supaya mengkaji semula penganjuran tersebut yang dikhuatiri menyebabkan kerugian besar kepada mereka selain mencemarkan imej Dataran Merdeka yang dikenali sebagai tempat bersejarah.
Menurut mereka, perhimpunan tersebut boleh mendorong tindakan ganas sekaligus boleh menyebabkan kerosakan harta benda termasuk yang dimiliki peniaga di kawasan berkenaan.
TURUN1“Kita di sini baru elok-elok hendak berniaga tiba-tiba mahu adakan perhimpunan seperti itu. Keselamatan kedai-kedai juga terancam dengan jenayah kecurian dan kerosakan sekiranya mereka mula melakukan provokasi dan bertindak ganas,” kata seorang peniaga Muzaimi Mohammad, 38, dipetik akhbar Utusan Malaysia.
“Kita di sini baru elok-elok hendak berniaga tiba-tiba mahu adakan perhimpunan seperti itu. Keselamatan kedai-kedai juga terancam dengan jenayah kecurian dan kerosakan sekiranya mereka mula melakukan provokasi dan bertindak ganas,” tambah Muzaimi.
TURUN3Akhbar itu turut memetik kenyataan pemilik kedai serbaneka, Rostam Osman, 45, yang menyifatkan setiap perhimpunan haram yang dianjurkan di ibu negara tidak pernah berakhir dengan keuntungan, malah membawa kemusnahan.
“Sepatutnya semasa Sambutan Ambang Tahun Baru KL 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) inilah saya ingin melariskan jualan dan mempromosikan kedai yang baharu dibuka. Tetapi akhirnya terpaksa ditutup berikutan nasihat daripada pihak berkuasa,” katanya.
turun4Sebelum ini, The Malaysia Insider memetik keyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal sebagai berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Ahmad Phesal berkata: “Dataran Merdeka hanya digunakan untuk acaran sambutan tahun baru dan beberapa program hiburan yang kita sudah aturkan. “Ini bermakna dari segi penggunaan, seperti apa yang saya katakan, hanya untuk sambutan tahun baru dan tiada acara lain seperti didakwa.”
TURUN6Sementara itu, pelbagai pihak termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan bergabung membuat laporan polis bagi membantah tindakan pihak tertentu yang merancang mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.
Kesemua mereka mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghasut rakyat selain menyifatkan perhimpunan jalanan bukanlah cara terbaik untuk menegakkan proses demokrasi.
Pembangkang yang sebelum ini komited untuk bersama menjayakan perhimpunan itu menegaskan bahawa mereka tidak pernah berhasrat untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember nanti.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu dipetik akhbar sebagai berkata, sekutu pembangkang terus komited dengan amalan demokrasi dan tidak akan memilih cara tersebut untuk mengguling kerajaan.
“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna,” ujarnya.

Tiada ulasan: