Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 27 Disember 2013

Berita baik Untuk Mangsa Banjir di Rawang Perodua tawar bantuan kepada mangsa banjir di sana

KUALA LUMPUR - Pembuat kereta nasional kedua, Perodua, menawarkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Rawang, Selangor melalui rebat untuk khidmat menunda kenderaan, diskaun untuk gantian bahagian tertentu dan dan pemeriksaan percuma menilai kerosakan kenderaan Perodua yang terbabit.
Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bantuan itu untuk meringankan beban mereka yang terlibat dalam bencana itu dan pelanggan boleh menghubungi talian pengguna Perodua 1800-88-6600 bagi mendapatkan makumat atau talian 1800-88-5555 untuk bantuan tunda Perodua Smart Assist.
Mengenai bantuan menunda, Aminar berkata, pelanggan boleh menuntut sehingga RM100 daripada Perodua (mengikut syarat yang ditetapkan).
Perodua juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk bahagian tertentu yang diganti seperti bahan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan baik pulih gasket enjin.
"Selain mangsa banjir di Rawang, kami juga telah menghantar bantuan ke pantai timur yang dilanda banjir teruk baru-baru ini termasuk sumbangan setakat ini sejumlah RM150,000 tunai dan barang kepada mangsa di Kuantan dan Kemaman serta menggerakkan sukarelawan Perodua untuk membantu pihak berkuasa di beberapa kawasan yang terjejas banjir,” kata Aminar.
Beliau berkata, mangsa banjir itu turut melibatkan kakitangan Perodua dan syarikat itu memberikan bantuan khas bagi menolong mereka. - Bernama

Tiada ulasan: