Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 4 November 2013

#PRKSGLIMAU - 17 pusat mengundi dibuka Bermula jam 8 pagi

YAN - Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Dun Sungai Limau dibuka bermula pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 27,222 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil Dun itu.

Pusat-pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.

SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.

Semua pusat pengundian akan ditutup pada 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.    Kerusi Dun Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas, Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor berkata lebih 90 peratus pengundi dijangka keluar mengundi hari ini, berbanding 89 peratus pada PRU13.

Beliau berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.

Tiada ulasan: