Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 12 Oktober 2013

KETUA POLIS NEGARA JEMPUT AHLI PARLIMEN PADANG SERAI N. Surendran

Apa cerita ni erk jom kita renungkan mengapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya membuat satu jemputan Khas kepada Ahli Parlimen Padang Serai, 

Jawapannya ialah tak lain dan tak bukan hanya untuk memberi kesedaran dan sindiran kepada adun Pakatan Pembangkang iaitu sendiri yang dirasakan tidak faham dan mengerti cara Polis melakukan sesuatu operasi mestilah memelihara serta menjaga soal keselamatan dahulu.

Hari ini Ketua Polis Negara mengajak N. Surendran di akhbar Mstar untuk menyertai operasi anggota polis untuk menembak penjenayah bagi pendapat Pendekar lah elok juga Hj Hadi turut dijemput sama kerana Beliau juga menyarankan Polis harus melawan penjenayah dengan menggunakan silat sahaja jika penjenayah bersenjatakan Parang.

Khalid membuat jemputan tersebut di Twitter pada 11 Oktober dengan menyediakan baju kalis peluru untuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau menerima tawaran berkenaan.

"Untuk memberitahu apa yang terjadi ketika polis berhadapan dengan penjenayah dalam operasi yang dijalankan, kami menawarkan YB Surendran untuk menyertai kami," tweet Khalid.

Ketika dihubungi Star Online, Surendran berkata beliau telah memberi maklum balas kepada Khalid melalui Twitternya dan menerima jemputan ketua polis negara berkenaan.

Beliau berkata Khalid memberitahu dia perlu menandatangani perjanjian perlindungan sambil menambah dia akan dijemput untuk menyertai satu operasi membanteras penjenayah bersenjata akan datang.

Khalid juga meminta Surendran menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bila beliau bersedia untuk menandatangani perjanjian perlindungan dan mengukur saiz yang sesuai untuk baju kalis peluru.

Surendran bagaimanapun berkata beliau belum lagi menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkenaan.

Beliau berkata dia sedia berhadapan dengan sebarang risiko sama seperti pegawai polis yang terlatih.

"Jangan tembak untuk membunuh dan jangan tembak tanpa memberi sebarang amaran," tambahnya. mStar

Tiada ulasan: