Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 Oktober 2013

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron :Anwar pemimpin populis

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bersikap populis apabila menuduh Bajet 2014 terutama pengumuman pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai bajet menghukum rakyat.

Beliau berkata, tindakan ketua pembangkang itu sekadar mahu mendapat perhatian segelintir rakyat tanpa memikirkan keseimbangan ekonomi negara.

"Tuduhan itu adalah bukti sahih beliau (Anwar) adalah pemimpin yang populis yang mana beliau hanya akan buat pengumuman yang baik sahaja di hadapan rakyat untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesannya terhadap masa depan negara.

"Seorang pemimpin tidak boleh popular sepanjang masa dengan memberikan perkhabaran yang indah kepada rakyat kerana ia akan membawa kepada kehancuran negara terutama apabila melibatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa Bajet 2014 yang dibentangkan semalam sebagai bajet menghukum rakyat, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-9 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)di sini, hari ini.
    
Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus berkuat kuasa 1 April 2015  merupakan langkah tepat dan sesuai dalam keadaan negara mencari punca pendapatan bagi mengekalkan keseimbangan ekonomi negara.

Beliau berkata, ia kerana hasil bumi negara dijangka berkurangan menjelang 2018 dan pelaksanaan GST adalah cara terbaik bagi setiap rakyat bersama-sama memikul tanggungjawab untuk negara.

Katanya kerajaan telah mengkaji pelbagai aspek dan kesan pelaksanaan GST terhadap rakyat dan negara.

Tiada ulasan: