Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 12 September 2013

TERKINI Tahanan warga Iran larikan diri dari Mahkamah Petaling Jaya

PETALING JAYA - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki seorang tahanan lelaki warga Iran yang melarikan diri ketika hadir di mahkamah di sini bagi sebutan kesnya hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, Rafat Manesh Gavhei Mahmood, 48, ditahan pada 20 Feb lepas kerana kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, dipercayai melarikan diri pukul 10.30 pagi ketika berada di sekitar sel tahanan mahkamah tersebut dengan tangannya tidak bergari.
Kejadian berlaku selepas lelaki berkenaan selesai mendengar sebutan kesnya mengenai perpindahan kes tersebut dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.
Kita difahamkan, lelaki itu melarikan diri ketika dia dan beberapa tahanan lain dalam proses untuk dibawa balik ke Penjara Sungai Buloh," katanya pada sidang berita di sini hari ini.Bernama
Catat Ulasan