Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 20 Julai 2013

SPR TIADA MASA LAYAN FITNAH RAFIZI RAMLI

BESUT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa dua pemimpin tertinggi suruhanjaya itu mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal digunakan semasa PRU13 lalu.
 
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan, dakwaan dibuat Rafizi itu adalah tidak benar sama sekali.
 
“Bila dia (Rafizi) sebut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ada hubungan rapat dengan kontraktor dan pembekal, ia tidak benar sama sekali.
 
"Saya anggap ia sebagai fitnah dan pembohongan. Bulan puasa macam ini pun dia cakap macam tu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, di sini, hari ini.
 
Rafizi sebelum ini membangkitkan isu tersebut di Parlimen dan mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa, kontrak membekal dakwat kekal berkenaan diberi kepada seorang ahli perniagaan dari Singapura.
 
Mengulas lanjut perkara sama, Wan Ahmad berkata, Rafizi seolah-olah mahu wujudkan persepsi kononnya terdapat konspirasi berhubung dakwaannya itu.
 
Tambah beliau, semua urusan perolehan SPR dibuat berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
 
Katanya lagi, semua pegawai SPR mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
 
“Kami telah memberi amanat kepada pegawai-pegawai SPR supaya jalankan tugas dan kami mempercayai mereka.
 
".....tetapi Rafizi senang sahaja membuat tuduhan dan menggunakan Parlimen untuk menabur fitnah.
 
“Tidak mengapalah biar dia tanggung, kita tidak ada masa hendak melayan orang yang menabur fitnah. Ahli Parlimen sepatutnya faham dan jangan main hentam sahaja,” katanya.SH

Tiada ulasan: