Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 21 Julai 2013

PANAS !!! BEKAS ADUN SAHKAN CHE LONG TIDAK MINAT JADI WAKIL RAKYAT

Jertih: “Sebenarnya Che Long tidak berminat bertanding pada pilihan raya ini kerana dia tidak berminat menjadi wakil rakyat.
“Apa disiarkan dalam akhbar itu adalah betul,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut Datuk Wan Zakaria Wan Rahim sebagai mengulas kenyataan calon PAS Endot@Azlan Yusof yang mendakwa media memanipulasikan kenyataannya berkaitan menggajikan kakitangan bagi membolehkannya meneruskan perniagaan.

Dalam pada itu beliau tidak pasti sama ada Azlan kerap membantu golongan memerlukan di kawasan itu.
“Namun, ada kemungkinan kerana beliau ahli perniagaan berjaya di Kuala Besut,” katanya ketika ditemui, kelmarin. Mengenai desas-desus mengatakan pemilihan Azlan sebagai calon kerana PAS kekurangan bajet untuk pilihan raya kecil ini, beliau enggan memberi komen kerana tidak sesuai dengan bulan puasa.SUMBER

Tiada ulasan: