Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 14 Mac 2013

TIAN CHUA:tidak takut dengan Polis dan Tentera kerana beliau KEBAL selaku Ahli Parlimen.

Apakah BERBALOI hukuman keatas Tian Chua PKR ini dengan kesalahan beliau yang jelas merupakan Pengkhianat kepada Negara dengan memperlekehkan kematian prajurit kita yang terkorban demi mempertahankan negara? Berbaloi kah hukuman denda RM5,000 dan Penjara 3 tahun sahaja?


Tian Chua menyatakan kepada penyokong mereka bahawa beliau tidak takut dengan Polis dan Tentera kerana beliau KEBAL selaku Ahli Parlimen.
Itulah jawapan standard yang akan dikeluarkan oleh pimpinan Pembangkang apabila sesuatu berlaku keatas mereka. Yang akan disalahkan adalah UMNO walhalkan yang menerbitkan kenyataan Tian Chua adalah portal rasmi PKR sendiri iaitu Keadilan Daily

Apa yang sebenarnya  jutaan rakyat Malaysia lihat disini adalah sifat bongkak dan biadap ahli parlimen Pembangkang ini. Sudahlah mereka menghina kematian prajurit kita malah apabila didakwa ke mahkamah waktu ini mereka masih lagi berdolak dalih dan paling bangsat apabila sampai ke hari ini Tian Chua tidak membuat sebarang kenyataan permohonan MAAF kepada pasukan PDRM, ATM dan juga keluarga anggota yang terkorban.

Dapat berita dari kenalan dalam PKR bahawa Tian Chua menyatakan kepada penyokong mereka bahawa beliau tidak takut dengan Polis dan Tentera kerana beliau KEBAL selaku Ahli Parlimen.

Wah bukan main bongkak Tian Chua ini, patutlah pagi tadi sewaktu di Mahkamah apabila pihak Polis mahu Tian Chua ke lokap sementara menunggu dijamin beliau serta 3 orang peguam dan 5 orang pengawal peribadinya bertindak membuat benteng bagi menghalang pihak Polis membawa Tian Chua ke Lokap.

Apakah Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS tidak boleh dicuit langsung oleh pihak Polis? Bagaimana dengan pesalah pesalah lain yang didakwa? Apakah ada peerbedaan antara rakyat biasa yang melakukan kesalahan jenayah berbanding pemimpin Pakatan Pembangkang?

Kenapa pesalah jenayah lain boleh memberikan kerjasama kepada pihak Polis dalam menjalankan siasatan tetapi tidak kepada mereka pemimpin pembangkang? Apakah kerana jawatan Tian Chua yang merupakan Ahli Parlimen maka beliau tidak boleh dicuit pihak Polis? Apakah kerana beliau Naib Presiden PKR maka beliau boleh membuat apa sahaja mengatasi undang undang?

Inilah yang sepatutnya rakyat Malaysia sedar bahawa Tian Chua salah satu contoh yang ada dalam pimpinan Pakatan Pembangkang. Belum lagi mereka mendapat kuasa mentadbir Malaysia sudah besar kepala dan anda boleh bayangkan apabila Malaysia ditadbir mereka. Pastinya rakyat akan ditindas dna mereka sahaja yang betul serta kebal dari sebarang undang undang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haram jadah tian chua,,, rakyat malaysia yang tidak berguna kepada negara... beri hukuman paling berat sebab dia adalah PENGHIANAT.. sama seperti SULU juga... manusia yg tidak sedar diri di untung..