Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 2 Januari 2013

Barisan Nasional Makin Popular. Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang Bakal Tumbang?


Barisan Nasional sekarang ini memilih slogan ‘Menepati Janji’ sebagai agenda utama kami dan kami begitu prihatin dengan masalah rakyat sehingga menyebabkan hati ramai rakyat Malaysia seperti anda, anda semua tersentuh tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.
Kerajaan BN begitu mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah payung kerajaan Barisan Nasional BN.
Buktinya,pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan :
  • bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.
  • Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.
Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program :
  1. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
  2. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
  3. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia
  4. Kedai Buku 1Malaysia
  5. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  6. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)
  7. Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
  8. Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M)
Hasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.
Terdapat beberapa laporan Barisan Nasional yang menjadi bukti negeri-negeri yang ditadbir pembangkang bakal tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 dan beralih kepada Barisan Nasional. Antara analisa yang telah BN lakukan ialah :
DENGAN BANYAK PERUBAHAN YANG TELAH DIBUAT BN ADMIN MENJANGKAKAN BN AKAN MENAWAN NEGERI2 BERIKUT

Sokongan Rakyat Kelantan Kepada Barisan Nasional?

  • Kira-kira 400 anggota tegar PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno, selepas merasai mereka terpedaya dengan “Amanat Haji Hadi”, yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.
  • Malah, majoriti lebih 30,000 guru di Kelantan kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.
  • Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka bersedia bekerja keras bagi memastikan BN kembali memegang kuasa selepas pilihan raya memandangkan kerajaan persekutuan pada masa ini memberi perhatian untuk memenuhi janji yang telah dibuat.

Sokongan Rakyat Pulau Pinang Kepada Barisan Nasional?

  • Di Pulau Pinang, ribuan penyokong tegar pembangkang menunjukkan minat mereka menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP.
  • Perkara ini telah menjadi kenyataan apabila hampir 350 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong mengemukakan surat permohonan untuk menyertai semula Umno kepada Najib pada 8 Dis.
  • Sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat Gerakan selama 40 tahun sebelum kalah kepada DAP pada pilihan raya umum 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu memutuskan akan melakukan apa yang terbaik bagi rakyat Pulau Pinang dan meminta pengundi memberikan peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 untuk berkhidmat kepada mereka.
  • Begitu dekat di hati dan fikiran mereka, Gerakan dan rakyat Malaysia bersedih dengan kematian bekas Presiden Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, seorang daripada gergasi politik dan menteri berketurunan Cina paling lama berkhidmat di Malaysia, Sabtu lepas.
  • Petanda positif juga kelihatan di Kedah dan Selangor melalui kaji selidik yang dijalankan beberapa ahli akademik pada pertengahan tahun.

       Sokongan Rakyat Kedah Kepada Barisan Nasional?

  • Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaji selidik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak yakin dengan kepimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Menurut laporan kaji selidik itu, kerajaan PAS di Kedah pada masa ini nampaknya semakin hilang populariti untuk terus memerintah negeri itu dan oleh itu kerajaan BN merupakan pilihan terbaik bagi pembangunan Kedah dan negara pada keseluruhannnya.

Sokongan Rakyat Selangor Kepada Barisan Nasional?



  • Di Selangor, satu kajian simulasi berdasarkan kepada pilihan raya umum ke- 11 dan ke-12 dan dengan profil pengundi berdaftar terkini menunjukkan bahawa BN boleh memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.
  • Dengan mengambilkira senario-senario ini, hasil pilihan raya umum ke-13 mungkin membawa keputusan yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS bagi mengekalkan negeri-negeri yang diperintah terutama Selangor dengan peluang 50-50.
  • Dengan menilai sokongan yang diberikan oleh semua etnik penduduk, masyarakat India adalah golongan paling besar beralih angin pada pilihan raya umum lepas tetapi akhirnya menarik sokongan mereka kepada pembangkang selepas tertipu dengan pelbagai janji kosong.

Sokongan Bangsa India Kepada Barisan Nasional?

Satu trend ketara melanda melalui pilihan raya umum 2008 apabila hampir 85 peratus pengundi India beralih kepada pakatan pembangkang, hasil isu-isu yang dimainkan oleh Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
Selepas itu, sokongan masyarakat India terhadap BN meningkat kepada lebih 70 peratus berikutan bantuan kerajaan berjumlah RM415 juta yang diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Bantuan itu diagih-agihkan melalui
  1. Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM (RM100 juta)
  2. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia
  3. Tekun (RM65 juta) dan RM250 juta diperuntukkan kepada usahawan.
Semasa Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 pada 9 Dis, Presiden parti itu Datuk Seri G. Palanivel berkata sokongan masyarakat itu kepada kerajaan BN semakin bertambah selepas mereka menerima pelbagai faedah terutama dalam pendidikan, program pembangunan perkhidmatan awam, program ekonomi dan sosial hasil inisiatif Najib.

Sokongan Bangsa Cina Kepada Barisan Nasional?

  • Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga melahirkan keyakinannya bahawa MCA, yang mendapat pukulan teruk pada pilihan raya umum 2008, akan bangkit kembali pada pilihan raya umum akan datang.
  • sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan semakin meningkat berbanding tahun 2008
  • pelbagai bentuk bantuan diberikan kepada bangsa Cina melalui Yayasan Perubatan 1MCA, peruntukan bagi pendidikan dan keusahawanan.

Sokongan Rakyat Sabah Kepada Barisan Nasional?

Manakala negeri yang disebut-sebut bakal menjadi pertarungan sengit antara parti politik yang bertanding dan tidak lagi menjadi “deposit tetap” kepada Barisan Nasional iaitu negeri Sabah pun dinafikan Ketua Menterinya Datuk Seri Musa Aman kerana beliau lebih percaya negeri Sabah yang diperintahnya telah berkembang sebagai sebuah negeri yang progresif, makmur, aman dan stabil di bawah pendekatan yang diambil Barisan Nasional.
Penambaikan di Sabah?
  • Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pemberian kerakyatan kepada pendatang asing
  • penduduk tempatan bagi menerajui jabatan persekutuan di negeri itu
  • pengiktirafan 16 Sept sebagai Hari Malaysia membuktikan bahawa BN sentiasa mendengar, prihatin dan bekerja bagi memenuhi permintaan rakyat.
Nampaknya kalau dilihat laporan prestasi yang  disediakan Barisan Nasional acapkali meningkat daripada masa ke semasa. Tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional kerana merasakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin meningkat…Walaubagaimanapun berita mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke 13 masih tidak kedengaran seingga ke hari ini
Seperti yang dilaporkan kali ini, ramai yang sudah beralih kepada Barisan Nasional. Jadi, saranan kami paling kurang pun maklumkan kepada rakyat malaysia tarikh Pilihanraya Umum ke 13 secepat mungkin. Jangan umumkan secara mengejut supaya masing-masing dapat membuat perancangan.

Tiada ulasan: