Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 26 Disember 2012

PAKATAN PEMBANGKANG MENJADI PEMFITNAH NO 1 FELDA PADA MASA INI !!!!!?


Hanya dua hari sahaja masa diberikan kepada akhbar HARAKAH MERAKAH dan Pakatan Pembangkang untuk memohon maaf dari tuduhan fitnah mereka.jika mereka gagal memohon maaf secara terbuka tindakan saman akan dikenakan terhadap fitnah mereka itu kerana felda mempunyai bukti kukuh menyangkal Fitnah Pakatan Pembangkang,sila lihat Video dibawah untuk info lebih tepat,

Pakatan Pembangkang ini bolehlah kita katakan Pemfitnah No 1 Malaysia dan mereka ini lah pemfitnah bersiri…kerana bermacam-macam mereka menuduh Felda sedangkan Kami generasi kedua Felda tidak pernah Rasa Felda membebankan kami bayangkan kalu kami dan kedua ibu-bapa kami tidak masuk Felda bagaimanalah nasib kami kerana Pemilihan memasuki felda adalah untuk orang2 yang miskin dan kami amat berbangga dengan Felda kerana kami mampu hidup dengan kemajuan dan keselesaan yang menjadi masaalahnya ialah Golongan Pas yang cuba menghasut Rakyat untuk memancing Undi sahaja. 
Tuduhan Kononnya Felda menjalankan perniagaan dengan Israel, syarikat Bangi Private Limt di Singapura yang bekerjsama dengan Felda adalah milik Israel.
Admin Pendekarmelayu-pejuangbangsa amat tertarik dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.yang menyatakan bahawasanya “Tuduhan Kononnya Felda menjalankan perniagaan dengan Israel, syarikat Bangi Private Limt di Singapura yang bekerjsama dengan Felda adalah milik Israel dan mereka juga juga menuduh kononnya  400 juta unit atau 12 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki Genting Bhd. Macam-macamlah… Ini semua langsung tidak ada kebenaran. Sebab itu saya kata mereka ini pemfitnah bersiri. Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu menguasai Felda,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Ujar Ahmad Maslan ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, pembangkang mahu menguasai Felda kerana Felda mempunyai 54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk memenuhi hasrat ke Putrajaya maka salah satu caranya adalah dengan menghancurkan Felda.
“Sebab itulah mereka menabur pelbagai fitnah terhadap Felda. Malah mereka adakan konvoi Oren untuk masuk ke kawasan Felda untuk menyebarkan fitnah.
“Namun masyarakat Felda bijak. Mereka tidak mudah terpengaruh. Konvoi Oren ditolak mentah-mentah. Masyarakat Felda tahu bahawa mereka ini hanya mahu mengucar kacirkan keamanan dan keharmonian penduduk Felda,” tambahnya.
Ahmad Maslan yang  juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan saman akan diambil terhadap Mazlan Aliman, Harakah dan juga Suara Keadilan setelah tempoh tuntutan maaf tamat pada 28 Disember ini.
“Kita dah minta mereka minta maaf atas fitnah yang mereka buat namun sekiranya mereka gagal maka kita pasti akan mengambil tindakan saman. Felda tidak akan berdiam diri lagi di atas semua longgokan fitnah pembangkang”, katanya.
Di dalam sidang media yang sama Ahmad Maslan turut menjelaskan bahawa selaku Ketua Penerangan UMNO beliau amat berpuas hati terhadap persiapan jentera pilihan raya namun masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki di mana-mana. Secara keseluruhan apa yang patut dibuat katanya telah dilaksanakan dengan baik.
“Kita tidak akan berhenti bekerja dan akan berhenti bekerja politik PRU 13 ini hanya apabila selesai diumum siapa menang pada malam pengundian. Selagi belum tiba waktu itu, selagi itulah kita akan terus bekerja keras sehingga ke titisan yang terakhir untuk persiapan pilihan raya. Kita akan terus mempertahankan tanahair ini termasuklah mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan pembangkang,” terang beliau.
kita seharusnya bijak menangani fitnah yang ditabur pihak Pakatan Pembangkang kerana Admin pendekarmelayu-pejuangbangsa merasakan mereka ini sanggup memutar belitkan fakta yang terang2 telah kita jawab selama ini seharusnya lebih banyak Penerangan kepada Golongan Atas pagar supaya dapat di sampaikan setiap penipuan dan Fitnah Pakatan Pembangkang yang kita lihat Gagal memberikan manfaat pada Rakyat sebaliknya hanya menabur......fitnah......sebagai.....modal.....mereka....

Tiada ulasan: