Institusi Islam yang dibina oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh runtuh jika pembangkang mengambil alih negara ini,kebimbangan itu adalah kerana setelah melihat perjuangan songsang pakatan pembangkang yang sanggup menjual nama Islam semata-mata mahu menjadi pemerintah dan sanggup mengangap dan mencelarukan pemikiran penyokong2 taksub mereka .sehubungan dengan itu tindakan yang sewajarnya perlu kita ambil menolak amalan fitnah yang dibuat pihak pembangkang perlu kita ambil dan tentang bagi mengelakkan persepsi buruk yang cuba dibangkit kan pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata Bila sampai pilihan raya, bukan soal nak menang saja tapi nak tentukan (pertahankan) institusi yang telah kita bangun dan bina elok-elok. Kalau mereka (pakatan pembangkang) ambil alih kuasa dalam kerajaan untuk bermaharajalela, kebimbangan kita…asas yang telah dibina untuk pembangunan ummah akan diruntuhkan oleh mereka,” katanya.
Berucap pada majlis sepetang bersama penghulu, jawatankuasa kampung, imam dan bilal seluruh negeri Terengganu di sini hari ini, beliau berkata pemerintahan BN bersama-sama UMNO sebagai parti Islam utama terbukti mendapat pengiktirafan beberapa negara Islam lain.
Katanya negara Islam lain bukan sahaja memuji cara Malaysia menegakkan syiar Islam di negara ini, malah mahu menjadikan ia contoh kepada mereka dalam membangunkan Islam di negara masing-masing.
Kerajaan BN, katanya melaksanakan banyak usaha ke arah meningkatkan martabat umat Islam di negara ini namun atas sebab politik, pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk menggagalkannya.
“Pihak pembangkang, kalau boleh hendak menggagalkan segala-galanya…kita berjuang atas perjuangan UMNO dan BN iaitu berjuang atas apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran,” katanya.
Beliau berkata jika benar kerajaan PAS mahu membangunkan Islam di Negara ini, mereka telahpun diberi banyak peluang untuk melaksanakannya di Kelantan.
“Kalau kerajaan PAS Kelantan kata membangun bersama Islam, apa kerajaan Kelantan buat…isu soal air pun tak dapat selesai,” katanya.
Muhyiddin berkata BN berada di landasan yang betul dan berjuang atas tuntutan agama serta tidak bercanggah dengan hukum agama sebagaimana yang didakwa pembangkang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan