Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label KOMUNIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOMUNIS. Papar semua catatan

Rabu, 25 September 2013

CUBAAN SELUDUP MASUK ABU MAYAT CHIN PENG KE DALAM MALAYSIA OLEH DUA INDIVIDU DI PATAHKAN ?

Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat dan kedua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas 
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat.
Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.
Kita masih menunggu hasil siasatan di harap janganlah sama sekali mayat chin peng ini dapat menyelinap masuk Malaysia kerana kesannya amatlah buruk kerana akan dijadikan medan Pakatan pembangkang untuk menagih simpati golongan muda dengan memutar belit fakta sejarah dengan mengatakan chin peng sebagai pejuang
Hakikat nya sahabat PM pun dah tau kan bagaimana mereka menyiksa serta meletopkan panggung wayang serta serang hendap serta membunuh ramai orang2 melayu yang tak berdosa sanggup duduk didalam hutan menghalang negara dari mencapai kemerdekaan

Ahad, 22 September 2013

TERKINI CHIN PENG BUKAN MATI 16 SEPTEMBER ?

Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimana pun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang hidup dalam buangan di Thailand dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bangkok pada awal pagi 16 September lalu akibat sakit tua.

Sepanjang mengepalai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman telah dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya bagaimanapun akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Sumber turut memberitahu bahawa Chin Peng sempat menulis wasiat yang dipamerkan di Kuil Wat That Thong yang mengandungi hasratnya untuk diingati sebagai orang yang berani dan mahu generasi muda mengikut jejak langkahnya dalam 'memperjuangkan idealisme".

"Apa yang diwasiatkan oleh Chin Peng itu sangat berbahaya dan boleh mengundang ancaman kepada negara lebih-lebih lagi generasi muda mudah terpengaruh kononnya apa yang diperjuangkan itu adalah benar sedangkan perjuangannya amat kejam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan," kata sumber itu.

Kuil tersebut akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung PKM itu sebelum upacara pembakaran mayatnya yang dijadualkan pada petang Isnin ini - UTUSAN