Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label ANWAR IBRAHIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANWAR IBRAHIM. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

AZMIN HENTAM ANWAR SECARA HALUS BERHUBUNG ISU GST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Rabu menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.
Berbeza nada dengan rakan seperjuangannya yang lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.
Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan cukai baharu itu kerana lebih 40 peratus rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.
“Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau berkata dalam pelaksanaan sistem percukaian itu, perhatian tidak sewajarnya diberi kepada golongan miskin tegar samata-mata, tetapi juga kepada golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk pekerja muda, pasangan yang baharu berkahwin dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

GST (Goods & Services Tax)
FAKTA SEBENAR YG ANDA PELU TAHU KEBENARANNYA


Malah, katanya, FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius, manakala Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.
Azmin turut menyarankan satu reformasi sistem percukaian yang bersifat meluas dan komprehensif digubal segera bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara.
Azmin dalam hujahnya berkata dalam pelaksanaan GST, kerajaan perlu memperbetul falsafah dan matlamatnya agar menjurus kepada menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros berbelanja.
“Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan semula atau mempelbagai, dan bukan meningkatkan bebanan cukai…bukannya berobjektifkan memperoleh pendapatan RM27 bilion,” katanya.
Katanya kerajaan perlu belajar daripada negara maju di mana negara terbabit hanya mula melaksanakan GST selepas infrastruktur cukai sudah kukuh di samping kadar cukai pendapatan juga turut dikurangkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban. 

Ahad, 27 Oktober 2013

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron :Anwar pemimpin populis

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bersikap populis apabila menuduh Bajet 2014 terutama pengumuman pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai bajet menghukum rakyat.

Beliau berkata, tindakan ketua pembangkang itu sekadar mahu mendapat perhatian segelintir rakyat tanpa memikirkan keseimbangan ekonomi negara.

"Tuduhan itu adalah bukti sahih beliau (Anwar) adalah pemimpin yang populis yang mana beliau hanya akan buat pengumuman yang baik sahaja di hadapan rakyat untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesannya terhadap masa depan negara.

"Seorang pemimpin tidak boleh popular sepanjang masa dengan memberikan perkhabaran yang indah kepada rakyat kerana ia akan membawa kepada kehancuran negara terutama apabila melibatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa Bajet 2014 yang dibentangkan semalam sebagai bajet menghukum rakyat, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-9 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)di sini, hari ini.
    
Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus berkuat kuasa 1 April 2015  merupakan langkah tepat dan sesuai dalam keadaan negara mencari punca pendapatan bagi mengekalkan keseimbangan ekonomi negara.

Beliau berkata, ia kerana hasil bumi negara dijangka berkurangan menjelang 2018 dan pelaksanaan GST adalah cara terbaik bagi setiap rakyat bersama-sama memikul tanggungjawab untuk negara.

Katanya kerajaan telah mengkaji pelbagai aspek dan kesan pelaksanaan GST terhadap rakyat dan negara.

Selasa, 22 Oktober 2013

BAJET PAKATAN PEMBANGKANG ADALAH BAJET MAHARAJA LAWAK 2014

Haahaaaa haaaa tak dapat jadi PM dapat berangan jadi PM pun jadilah...sebab tu abg Non buat muka tak malu bentang Bajet Pakatan Rakyat katanya haaahaaaa dasar muka tak tau malu hikhikhik apa yang dibuat Kerajaan mana yang sama nanti dia kata tiru lah apa lah walhal dalam Kerajaan Pakar pakar EKONOMI dah ada jadi nak buat apa dengar Bajet orang yang satu ketika dulu yang terang terang ambik jalan mudah nak Pinjam IMF duit gara gara Ekonomi merosotRenti rentikan lah berangan OOooiiii.......

Haahaaa ulu sebelum Pru13 abg Nuar dah berangan dah nak jadi PM kalau nak tau hikhikhik masa kerajaan dibubar dalam masa tu Anwar dah berangan dah 

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/03/lawak-minggu-inianwar-dah-berangan-jadi.html
 

Jumaat, 27 September 2013

APAKAH ADA AGENDA TERSEMBUNYI ANWAR IBRAHIM MENGADU DENGAN AL GORE DAN MARY ROBINSON ??

Al Gore dikatakan merupakan Pengerusi Generation Investment Management (GIM) merupakan individu yang lantang menyokong perkahwinan sejenis ??
Twitter Anwar 10 jam lalu menyebut, Anwar bermesyuarat dengan Al Gore dan Mary Robinson di pejabat CFR berjumpa dengan Richard Haas dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Kewangan AS).

Wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng dari New York melaporkan Anwar telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) agar tidak melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

“Jika mereka meneruskan (dengan persempadanan itu), akan ada masalah. Saya boleh berjanji kepada anda, di Parlimen dan di luar Parlimen , kami akan menjadikan ia satu isu utama, kita tidak akan mengalah ,” katanya.

Mengikut Perlembagaan, SPR perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan, setiap lapan hingga 10 tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.

Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan tersebut.

Ahad, 22 September 2013

Wajib Baca:Semua Wakil Media Bloger Anda di jemput Membuat Liputan Esok

YBhg.Datuk, sila maklum bhw Azwanddin Hamzah- Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan berkunjung ke rumah DS Anwar bagi meminta tandatangan beliau agar membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun peribadi berkaitan surat misteri BankLeak, esok spt butiran berikut:

Tarikh: 23 Sept 2013 (Isnin)

Masa: 10am
Tempat: No. 11, Jln. Bkt. Segambut, Taman Bukit Segambut, KL.

Semua media dijemput hadir bagi membuat liputan. Sila hubungi Hamdan MS- 0173261934 bagi sebarang info lanjut. Tq

Selasa, 17 September 2013

KES LIWAT ANWAR DI TANGGUHKAN

PUTRAJAYA 17 Sept - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menangguhkan kes liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas permohonan responden (Anwar) menerusi peguamnya, Karpal Singh untuk menggugurkan salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dikatakan bias.
Tengku Maimun sebelum ini turut terlibat dalam perbicaraan dengan kes liwat I (Azizan).
Pendengaran bagi menggugurkan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah akan berlangsung esok.

Isnin, 16 September 2013

PERUTUSAN ISTERI PERDANA MENTERI YANG BARU SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA !!!!

ISTERI PERDAN MENTERI BARU PUN ADA BUAT PERUTUSAN SELAMAT HARI MALAYSIA HAAAAHAAAAA BERANGAN BAGAI DAH JADI ISTERI MENTERI JER AKAK JIJAH KITA TU HEEEHEEE

PSSSTTT..BACA JER TAU JANGAN GELAK PERCAYA PUN JANGAN HEEEHEEE


15 SEPTEMBER 2013
Perutusan Hari Malaysia

16 September adalah catatan sejarah untuk Malaysia iaitu tarikh keramat untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di mana 14 negeri ditadbir dibawah satu kerajaan persekutuan yang berpegang kepada prinsip dan system demokrasi berparlimen.

Setelah 50 tahun , sudah pasti kita semua punyai impian untuk melihat negara yang kita cintai ini diterajui oleh kepimpinan yang benar-benar memartabatkan kehidupan dan hak rakyat.

KEADILAN mengimpikan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang membuka ruang kepada setiap individu warganya menikmati pendidikan percuma, kesihatan, keselamatan dan pengurusan yang ikhlas dan membela rakyat.

Sejajar dengan apa yang telah dideklarasikan di Permatang Pauh pada 12 September 1998 bahawa “Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang”.
Selamat Hari Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Jumaat, 13 September 2013

Akaun bank: Anwar hanya perlu beri tandatangan Pada Bank Negara- JMM

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya perlu memberikan tandatangannya bagi mengesahkan beberapa akaun bank yang didakwa miliknya kepada Bank Negara, kata Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Justeru Azwanddin meminta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tidak terus bersekongkol untuk melindungi Ketua Umum PKR itu yang kini berdepan dengan tuduhan membabitkan akaun banknya.

Beliau mendesak Anwar menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk ‘Bankleaks Anwar/Karpal’ sebelum ini.

"Jadi JMM cuba bantu beliau (Anwar Ibrahim) mendapatkan tandatangan dan berikan kepada Bank Negara dan bukan bagi kepada Umno, bagi kepada Bank Negara untuk beri penjelasan adakah ini benar bank akaun Anwar atau tidak? Itu saja...

"Jadi apakah ini satu ancaman, saya rasa budak ni (Fahmi Fadzil) belajar kurang tinggi, apakah benda ini dilihat sebagai ancaman, bagi saya kalau benar akaun ini bukan milik Anwar jadi kenapa perlu takut, kenapa perlu ancam saya?," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Malah Azwanddin berkata hasratnya mendapatkan surat kebenaran itu juga dapat membersihkan imej Anwar yang sehingga kini masih berdepan dengan dakwaan memiliki akaun bank, meskipun ketua pembangkang itu sebelum ini pernah menafikannya.

"Kedua saya rasa kalau beliau bercakap mengenai integriti, inilah bentuk integriti yang perlu diterjermahkan oleh Anwar Ibrahim, iaitu hanya menandatangani surat tersebut," katanya.

"Pertama ada tuduhan terhadap beliau kerana melibatkan bank-bank akaun beliau dan persoalannya sekarang apabila ditanya, beliau tidak menjawab.

"Ataupun beliau sentiasa mengelak sebarang pertanyaan yang diajukan. Jadi untuk lebih kepada kepentingan semua orang, beliau perlu melihat JMM tampil hari ini adalah bagi membantu membersihkan nama beliau,” katanya.

Sehubungan itu, Azwanddin meminta Fahmi yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi PKR tidak menjadikan perkara itu sebagai ancaman kepada partinya.

Menurutnya, tuduhan Fahmi terhadapnya untuk mencari nama dalam pemilihan Umno bulan depan tidak patut timbul.

"Pertama sekali saya rasa Fahmi Fadzil ini ialah orang yang tidak membuat 'homework'.

"Saya tidak ada cita-cita untuk bertanding dalam pemilihan Umno, malah di peringkat cawangan pun saya tiada jawatan langsung. Jadi saya rasa dia ni tidak buat kajian," katanya.
Azwanddin sebelum ini memberitahu akan ke rumah Anwar bagi mendapatkan tandatangan beliau dalam usaha mencari kebenaran berhubung maklumat akaun-akaun bank itu.

Sekiranya gagal, kata beliau, usaha itu akan terus dilakukan di setiap lokasi yang dihadiri ketua pembangkang berkenaan, termasuk di Parlimen dan majlis ceramahnya.
Malah, katanya, JMM sudah menyediakan surat rasmi kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk membenarkan maklumat akaun terbabit didedahkan kepada media.

Bagaimanapun, PKR dalam satu kenyataan media hari ini berkata akan membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat JMM atas dakwaannya itu.
sumber:

http://antarapos.com/v1/index.php?q9n...