Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 13 Mei 2014

PKR SELANGOR CIPTA REKOD BARU "MALAYSIA BOOK RECORD"TAHNIAH !!!


PKR Selangor mencipta kemajuan besar dalam Pemilihan Parti mereka dengan mencipta satu rekod baru dan kini bakal di catatkan sebagai Malaysia book record yang baru

Pm nak mengigatkan pada orang orang yang taksub pada PR supaya jangan sibuk sibuk hal di terengganu tu sehingga lupa nak menyelesaikan masaalah besar dalam PKR di Selangor

PKR Selangor merekodkan sejarah baru abad ini apabila 11 daripada 22 cabang parti itu ditangguhkan proses pemilihan berikutan berlaku kekacauan sesama ahli sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa campur tangan dan mengarahkan pengundian dibatalkan.


Selain maki hamun, pemilihan di 12 cabang itu juga menyaksikan pergaduhan sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan beberapa masalah yang timbul, dikatakan berpunca daripada kelemahan JPP.


Tidak ketinggalan Kem Azmin dan seterunya kini saling tuding menuding jari menyalahkan sesama sendiri



Kekecohan sepanjang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi kesan kepada dua calon Timbalan Presiden parti itu apabila dilihat bersikap dingin antara satu sama lain ketika hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pagi Isnin.
Tambah ketara apabila kedua-dua calon terbabit, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak duduk bersama di khemah kenamaan (VIP) yang disediakan untuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid duduk di khemah VIP bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pula dilihat duduk di khemah lain bersama beberapa pemimpin pembangkang.
Malahan, kedua-dua pemimpin pembangkang itu juga tidak kelihatan bertegur sapa sepanjang berada di Dewan Sri Pinang, di sini.
Tindakan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa konflik di antara mereka belum bernoktah, malahan semakin meruncing.
Pada pemilihan peringkat cabang Batang Sadong di Sarawak, pasukan Abdul Khalid meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil tindakan tegas terhadap Azmin yang didakwa memanipulasi undi

Tiada ulasan: