KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim gagal dalam usaha pada saat-saat akhir untuk menangguhkan prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan pembebasannya dalam kes Liwat II
Anwar memohon penangguhan untuk rayuan terhadap keengganan Mahkamah Rayuan Isnin lalu untuk menggugurkan peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Dengan ini, rayuan pihak pendakwa akan didengar di Mahkamah Rayuan
esok, dengan diketuai oleh Shafee (kiri).
esok, dengan diketuai oleh Shafee (kiri).
Panel lima orang hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, dalam keputusan sebulat suara, berkata permohonan seperti ini terletak pada bidangkuasa mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan