Pelakon Nora Danish menafikan dia menyambut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di sebuah kelab malam haram yang terletak di Bandar Utama, Selangor.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, 32, dia hanya menyambut hari jadinya pada 7 Mac lalu di sebuah restoran di Damansara, Selangor.
“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.
Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.
Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-lama sosial.”
Semalam, laman sosial dan blog-blog hiburan kecoh apabila episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan hampir dicekup apabila menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah di Bandar Utama untuk meraikan hari lahirnya pada Sabtu lalu bersama beberapa teman rapatnya.
Laporan itu turut mendakwa, Ibu kepada seorang anak itu turut dilaporkan sempat meloloskan diri sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menyerbu premis hiburan yang tidak berlesen itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan