Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 15 Mac 2014

PKR tak mampu pimpin negara

imageKUALA TERENGGANU – PKR tidak mampu memimpin negara jika pemimpinnya hanya mempercayai anak dan isterinya, di samping mementingkan keluarga berbanding perjuangan terhadap parti dan rakyat.
Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berkata, perkara itu terbukti selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang digantikan dengan isteri sendiri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sedangkan sebelum ini katanya, Anwar sendiri pernah membuat kenyataan bahawa isterinya yang juga Presiden PKRingin berundur kerana mahu meluangkan masa untuk bersama cucu mereka.
“Walaupun dia kata ingin menggantikan kerajaan tetapi jelas dia tidak mampu. Tidak kira macam mana pun, keluarga dia akan ditonjolkan, tiada orang lain.
“Keadaan ini sentiasa berlaku yang menunjukkan Anwar tidak percaya pada orang lain sebagaimana di Permatang Pauh apabila Wan Azizah yang menjadi Ahli Parlimen pada waktu itu memberi laluan kepada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Wan Azizah diletakkan sebagai calon gantian selepas Anwar yang juga ketua pembangkang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.
Pihak tertentu sebelum ini melihat peletakan Wan Azizah sebagai calon pengganti kepada Anwar sebagai usaha meraih simpati rakyat atas apa yang berlaku terhadap suaminya.
Wan Azizah bakal bertanding satu lawan satu menentang calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac ini.
Sementara itu, Chin Yaw turut percaya, sekiranya pengundi Dun Kajang memberi undi kepada Wan Azizah, pemimpin PKR itu sudah tentu akan mensia-siakan pengundi Dun Kajang sebagaimana yang dibuat di Parlimen Permatang Pauh.
“Kalau dia rasa dia bukan orang politik buat apa mahu bertanding dan jika rakyat memilih dia sudah tentu tidak akan bawa manfaat kerana mereka hanya jaga kepentingan keluarga dan diri mereka,” katanya.
Dalam masa sama, beliau berharap rakyat menilai sedalamnya apa yang berlaku dan membuat pilihan yang betul, tepat dan benar-benar berjuang serta mahu berkhidmat untuk rakyat. – SH

Tiada ulasan: