Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

MPPP ROBOH 14 GERAI DI TELUK BAHANG

GEORE TOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini merobohkan 14 buah gerai tidak berlesen yang didirikan di bahu Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang dekat sini.
Operasi tiga jam bermula pukul 9 pagi itu melibatkan 100 anggota daripada MPPP, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang tiba dengan lima van, dua lori, sebuah jentolak serta perlatan meroboh bangunan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Lai Fah Hin berkata, 145 pegawai dan anggota polis termasuk pasukan Ops Cantas Khas Wanita ditempatkan di sekitar kawasan operasi itu sebagai langkah keselamatan.
"Sehingga operasi tamat tiada kekecohan berlaku dan kebanyakan peniaga tiada di gerai mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata polis telah dimaklumkan lebih awal mengenai operasi itu dan sekatan jalan turut dilakukan sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan luar jangka.
Operasi hari ini adalah lanjutan operasi pada 21 Januari lepas yang terpaksa dihentikan selepas seorang penjawat awam cedera di leher dan kepala apabila kumpulan peniaga dan penduduk bertindak menghalang pihak berkuasa merobohkan gerai mereka.
Akibat insiden itu polis menahan tujuh individu. - Bernama

Tiada ulasan: