Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

MH370 -Sejauh mana benar teori ‘konspirasi Diego Garcia’?

diego garciaBAGI pengguna laman sosial, terlalu banyak ulasan serta teori yang mengaitkan kehilangan dan tragedi pesawat MH370. Namun, antara teori yang paling hangat diperkatakan ialah penglibatan kuasa besar Amerika Syarikat dalam istilah yang disebut sebagai “konspirasi Diego Garcia” – lapangan terbang milik negara Uncle Sam yang dikatakan menjadi lokasi MH370 “disembunyikan”.
Artikel teori berkenaan boleh dibaca di sini Konspirasi Diego Garcia, ejen US matikan transponder MH370?
Benarkah begitu? Jika benar, apa fakta-fakta yang mampu menyokong teori ini?
Jika lapan saintis China dan ratusan lagi rakyatnya berada dalam pesawat berkenaan, sudah tentu kerajaan negara tersebut tidak akan berdiam diri dan akan terus menyiasat sama ada benar rakyatnya menjadi mangsa satu konspirasi dahsyat.
DUA warga Iran yang dikaitkan sebagai agen US dalam pesawat MH370.
DUA warga Iran yang dikaitkan sebagai agen US dalam pesawat MH370.
Walaupun wujud sentimen anti-Malaysia di Beijing ekoran tragedi itu, kerajaan China dilihat masih fleksibel dalam bekerjasama dalam hubungan bilateral dengan Malaysia untuk merungkai segala misteri kehilangan MH370.
Namun, dalam keadaan apa sekalipun, segala spekulasi mesti berdiri atas fakta dan hujah yang berasas. Melihat perkembangan isu ini, Malaysia dilihat mengambil kira segala kemungkinan dan dalam ‘teori konspirasi Diego Garcia’ ini, ada beberapa petunjuk bahawa Malaysia serius untuk mengenal pasti sejauh mana kebenarannya.
Penulis menarik perhatian mengenai penghantaran komando Malaysia ke negara di lokasi rahsia di koridor utara seperti India dan Maldives untuk menjejaki pentunjuk MH370. Ia tetap dilakukan walaupun kerajaan mengumumkan penerbangan itu sudah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Persoalan paling besar yang menuntut jawapan ialah bagaimana MH370 yang sepatutnya menuju ke Beijing boleh mengubah laluannya sehingga tersasar jauh hampir 360 darjah ke Lautan Hindi?
komando mh370Apa pula kaitannya dengan data mengenai lapangan terbang Diego Garcia yang terdapat dalam simulator juruterbang MH370? Perlu diingat siasatan terhadap simulator berkenaan juga disertai Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Kalau benar ada pihak yang sengaja mematikan transponder, apa motifnya? Kalau benar pesawat terhempas, adakah ia memang sengaja dilakukan di lautan terpencil dengan kedalaman lebih 4,000 meter yang sukar untuk memungkinkan kotak hitam pesawat dijumpai?
Walaupun ada mendakwa mustahil untuk pesawat berkenaan dikawal oleh alat kawalan jauh, tetapi ramai tidak tahu bahawa Boeing telah mencipta aplikasi yang membolehkan perkara itu dilakukan selepas pesawat syarikat itu pernag digunakan untuk merempuh menara berkembar Word Trade Center pada 2011.
Namun, Malaysia kini berdepan dengan tekanan dunia. Jika mengikut teori berkenaan, itulah perancangannya supaya Malaysia boleh menjadi mangsa di tengah-tengah pertelagahan kuasa-kuasa besar dunia.
Sejauh mana Malaysia mampu bertahan?

Tiada ulasan: