Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 5 Mac 2014

Badan bukan kerajaan Putrajaya buat laporan polis penyebaran gambar pemimpin dicium babi

najib (2)PUTRAJAYA – Empat belas badan bukan kerajaan (NGO) Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar pemimpin negara dicium seekor babi di laman sosial.
Kumpulan NGO itu diketuai Pengerusi Jaringan Kaseh Ixora, Zarina Ismail, yang hadir bersama wakil setiap NGO antaranya Majlis Belia Kawasan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Putrajaya serta Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Putrajaya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini, Zarina berkata perkara itu tidak seharusnya terjadi kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam selain menunjukkan rasa tidak hormat kepada pemimpin negara.
Beliau berkata pihaknya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan menggesa mengesan individu yang memuat naik gambar itu. – Bernama,

Tiada ulasan: