Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 18 Februari 2014

Bekas kadi dipecat jumpa MB Kelantan, namun tiada penyelesaian

che_ibrahim_1_204_210_100KUALA LUMPUR- Timbalan Pengarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad (gambar) bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub semalam, namun tiada sebarang penyelesaian dicapai.
“Saya bertemu dengan MB semalam, namun tiada apa-apa lagi penyelesaian,” kata Che Ibrahim kepada Portal The Malaysian Insider yg admin petik.
Che Ibrahim, seorang bekas kadi terkenal di Kelantan dipecat daripada jawatannya di kolej kepunyaan kerajaan negeri Kelantan itu mulai 1 Februari lalu.
Ekoran itu, politik Kelantan menjadi panas kerana tidak sebagaimana rakan-rakannya sebelum ini, Che Ibrahim membuat bantahan secara besar-besaran ekoran pemecatannya.
Ia menjadi panas kerana Che Ibrahim didakwa dipecat kerana hubungannya dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kelantan selepas pimpinan baru mengambil alih teraju pentadbiran Kelantan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Sebelum Che Ibrahim, sekurang-kurangnya tiga penyokong Husam dikatakan dipecat daripada jawatan dalam kerajaan negeri atau anak syarikatnya.
Mereka adalah Asrul Afendi (pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (pengurus besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri dan anak syarikatnya.
Namun kesemua mereka hanya mendiamkan diri tidak membuat bising sebagaimana Che Ibrahim.
Pada 6 Februari lalu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya menyerahkan kembali cek pampasan tiga bulan gaji yang diberikan kepada beliau.
Di samping itu, satu demonstrasi dibuat di perkarangan pejabat Kias antaranya menyalahkan segala tindakan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Nik Amar bagaimanapun menafikan beliau adalah dalang di sebalik pemecatan itu dan berkata beliau hanya bertindak melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah Kias.
Nik Amar adalah pengerusi Kias yang menandatangani surat pemecatan Che Ibrahim.
“Saya tidak akan berhenti dan memberitahu MB bahawa saya akan membawa kes ini ke mahkamah,” kata Che Ibrahim.
Antaranya beliau memaklumkan implikasi undang-undang akibat pemecatan itu tanpa melalui prosedur yang sah kepada Ahmad Yakub.
Che Ibrahim merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani di sebuah hotel dekat Kota Bharu minggu lalu.
Dalam ucapannya itu, Abdullah Sani menekankan peri pentingnya tindakan berdasarkan undang-undang diambil dalam memecat mana-mana kakitangan.
Antaranya adalah dipanggil dalam inkuari, pendakwaan, surat tunjuk sebab dan penubuhan penal penyiasatan.
“Ini adalah prosedur wajib sebelum memecat orang,” kata Abdullah membela Che Ibrahim ketika berucap di majlis itu.

Tiada ulasan: