Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 12 Februari 2014

Anwar dah berangan jadi MB bila ditemuramah Australia's Newsline buatkan Pas Selangor mengamuk

3:04am 12/2/2014

Hari ini PAS Selangor nampaknya sudah berani melawan Anwar dan sekali lagi Pas nak tunjukkan yang mereka berani bersuara namun hakikat sebenarnya pm jangkakan skrip lama akan berulang sama seperti episod episod drama Lampau ibarat hangat hangat tahi ayam contohnya dalam Isu Kalimah Allah dulu bila Majlis Syuro bersidang tetap ketetapan Kalimah Ekslusif untuk Umat Islam Dap dan PKR tentang maka Pas akan membuat pusingan U kembali
terbaru pm nak kongsikan cerita Pas Selangor yg dah berani bersuara dengan mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac depan.
Menurut Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata PAS kesal kerana sekutu mereka itu masih membangkitkan isu jawatan Menteri Besar yang dikatakan bakal diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sekali PAS Selangor ingin nyatakan pendirian agar isu Menteri Besar tidak dibangkitkan.
“Bagi PAS, PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar langsung tiada kaitan. Jangan bangkitkan isu berkenanaan di saat PAS sudah menggerakkan jentera membantu memenangkan PKR di Kajang,” katanya 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu temu bual bersama Australia’s Newsline baru-baru ini bahawa beliau sedang berunding untuk mengambil alih tugas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Anwar juga dilaporkan berkata beliau akan menggunakan Selangor sebagai model bagi membuktikan kepimpinannya.
Sehubungan itu Ahad lalu, Abdul Khalid sendiri mengesahkan bahawa pihaknya masih dalam peringkat perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status Anwar yang didakwa bakal menggantikannya.
Abdul Khalid berkata perbincangan lanjut juga akan diteruskan bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mencapai kesepakatan sebelum perkara tersebut diputuskan.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.
Pakatan pembangkang kemudian menamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sebagai calon mereka bagi PRK itu.
Harus diingat pada sahabat pm semua sekiranya Anwar mahu mengambil Jawatan Khaled beliau terpaksa berdepan Sultan dan sekiranya berlaku apakah anwar akan melangar serta menggubal Undang2 Negeri?renung renungkan

Tiada ulasan: