Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Januari 2014

Tunai Nazar atas kemenangan BN : Isteri kesal ada FB sebar pejalan kaki Kuala Besut-Putrajaya meninggal

nazar jalan kaki dari besut ke putrajaya
Isterinya Zamilah Abdul Latiff, 45, berkata fitnah itu yang disebar menerusi laman sosial Facebook sejak malam semalam, turut disertakan dengan gambar orang ramai mengusung jenazah.“Saya amat sedih bila ada pihak yang sanggup memutar belit kejadian itu dan membuat berita palsu,”Keluarga Mohd Noor Mat yang mencipta sejarah berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya pada September lalu, hari ini menafikan khabar bahawa beliau meninggal dunia selepas diserang sekumpulan lelaki. 
Beliau berkata, suaminya yang diserang sekumpulan lelaki berhampiran Dewan MDB Gong Kemuntong, Jerteh pada Ahad lalu dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia susulan kecederaan pada kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
“Selepas dirawat hampir empat hari, dia dibenar keluar pagi semalam dan sudah semakin sihat,” katanya.
Menurut Zamilah, adik iparnya juga sudah membuat laporan polis berhubung serangan terhadap Mohd Noor.
Pada 22 September lalu, Mohd Noor, 46, yang bekerja dengan Yayasan Islam Terengganu menunaikan nazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya susulan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.
Beliau mengambil masa 12 hari untuk menamatkan perjalanan sejauh 600 kilometer itu.

Tiada ulasan: