Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memutuskan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah minggu lepas selaras kuasa diberikan kepada agensi tersebut.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan itu adalah mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.
Menurutnya, ia juga satu pemeriksaan dan penyiasatan setelah menerima aduan orang ramai diperolehi berkaitan kegiatan penerbitan kitab Bible menggunakan kalimah Allah yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 enakmen sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan