Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjanji mengamalkan dasar kebajikan saksama dalam usaha memelihara kepentingan rakyat majmuk berjumlah 5.6 juta di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan Tahun Baharu 2014 memaklumkan, dengan kuasa terhad negeri dalam soal penentuan harga barangan keperluan dan perkhidmatan serta kediaman, kerajaan negeri akan memberi peluang sama rata kepada seluruh rakyat di Selangor menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira asal keturunan atau kedudukan mereka.
Kerajaan pakatan pembangkang perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat selama ini terlebih dahulu sebelum mereka berangan nak laksanakan janji janji baru . Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan pakatan untuk ‘negeri berkebajikan’ kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat khususnya di negeri-negeri yang mereka uruskan,
Pakatan pembangkang membuat janji baru untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum lalu seperti menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta dan sebagainya namun hakikatnya janji tinggal janji.
Rakyat perlu membuat penilaian bahawa janji baru pakatan pembangkang ini sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan pengundi. Jika pakatan mereka ikhlas mahu membantu rakyat, mereka sepatutnya telah selesaikan janji mereka dari penggal pertama hingga sekarang khususnya di Selangor.
Namun, pakatan pembangkang sehingga hari ini tidak laksanakan janji tersebut, kemudian buat janji baru. Lebih teruk, bila janji-janji-janji mereka sendiri tidak tertunai, mereka nak salahkan BN dan burukkan kerajaan sedangkan mereka menaikkan gajinya sendiri 373 peratus serta menaikkan cukai sehingga 400 peratus yang dan selepas itu mereka menuduh kononnya kerajaan menindas rakyat walhal mereka lebih zalim dari kerajaan
Yang paling pm pelik dia seolah olah membanggakan kemenangan yg lalu kononnya itu sebagai bukti rakyat prihatin tentang janji yang mereka buat namun hakikatnya pm nak sebutkan di sini hasil kaji selidik yang di buat hanya 30peratus sahaja janji yg mereka tunaikan itu belum lagi kisah kisah penjualan aset2 yayasan serta YBK dan perbagai lagi masaalah yang mereka ciptakan termasuk lah wang bantuan dari pusat yg tidak digunakan untuk suatu pembangunan yg diamanahkan pada nya dan hanya 30 k3 40 peratus sahaja digunakan (marris)
Psssttt jangan mudah berjanji kalau tak ditepati kelak merosak diri...sebenarnya Kerajaan kurang menjelaskan kesalahan PR di selangor isu banyak tapi tak dapat bantuan liputan kepada para pengundi jadi selepas ini harap kita sama sama membongkar setiap penipuan pakatan pembangkang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan