Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 23 Januari 2014

Enam Faktor mengapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memutuskan bahawa Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim

Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan semakin tenat apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat semalam dilaporkan memutuskan bahawa Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Akhbar Sin Chew Daily dalam laporan muka depannya melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.
Jika laporan itu benar, nasib Abdul Khalid akan ditentukan oleh perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.
Difahamkan, mesyuarat tersebut menggariskan enam faktor utama yang mendesak supaya pertukaran Menteri Besar Selangor dilakukan dan menjurus kepada sikap Abdul Khalid yang membelakang pandangan akar umbi dalam penentuan polis Kerajaan Negeri Selangor.
Enam faktor itu ialah:
1) Cara Khalid mengendalikan isu air Selangor dan Projek Langat II.
2) Kalimah Allah.
3) Peningkatan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri serta para exco (yang hangat diperkatakan baru-baru ini).
4) Kenaikkan berlipat kali ganda yuran lesen perniagaan.
5) Pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
6) Peraturan berkaitan industri burung walit di Selangor.
Pergolakan PKR Selangor bermula apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwa perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruh Ahli Parlimen Gombak itu menjelang pemilihan PKR tidak lama lagi.
Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan sendiri Pengurus Besar PKNS, Othman Omar pada 8 Januari lalu.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang memaklumkan kuasa melantik anggota lembaga pengarah adalah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Kemelut ini semakin memuncak apabila Anwar campur tangan dalam isu berkenaan dan mendesak supaya Mohamed Azmin dikekalkan. Tidak lama selepas itu, kerajaan negeri mengumumkan Othman dan Norita dikenakan tindakan tatatertib, sesuatu yang menimbulkan kecaman kepimpinan PKR Selangor.
Hubungan Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sering menjadi tumpuan sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu apabila kedua-duanya dikatakan tidak sebulu, dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kerusi Menteri Besar.
Sebelum ini, Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan mengancam untuk keluar daripada PKR apabila tidak dilantik sebagai Menteri Besar.
Mohamed Azmin juga sering membuat kenyataan terbuka mengkritik kepimpinan Abdul Khalid termasuk dalam isu kenaikan gaji wakil rakyat negeri tersebut.
Abdul Khalid sebelum ini membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.

Melalui sumber lain pula admin @pm mendapat saranan berbeza dari  Saifuddin Nasution Ismail berkata,   mesyuarat tersebut membincangkan isu Selangor antaranya kenaikan yuran lesen perniagaan, isu air dan kenaikan elaun.

“Kami hanya bincang isu Selangor. Isu kenaikan yuran lesen perniagaan, penyusunan semula aset air Selangor…berkenaan Projek Langat 2 dan kenaikan elaun.
“Tak bincang (lucut jawatan Menteri Besar). Jadi tak timbul isu Azmin ganti Khalid,” katanya.
Namun, beliau akui melalui mesyuarat yang dipengerusikan Azmin itu, ada ahli yang menyuarakan pendirian keras iaitu melucutkan Khalid.
“Ada yang ambil pendirian ekstremis yang membawa kepada pelucutan Khalid dakwa beliau lagi,jadi buat sahabat @pm kita masih mengambil langkah tunggu dan lihat segala info akan admin sampaikan jika ada berita berita baru almaklum lah pendirian PR ni sering berubah ubah dan mungkin perkara ini belum nak di heboh hebohkan lagi 
Segala cerita mungkin ada kebenarannya dan ada logiknya maklum lah mesyuarat itu pun di pengerusikan Azmin sendiri kan kalau tak silap.

Tiada ulasan: