Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Disember 2013

SAMM: CheguBard di kehendaki POLIS ?

ADMIN @PM DENGAN BERBESAR HATI NYA MENYERU DEMO TURUN DI TUKARKAN KEPADA DEMO MEMINTA KERAJAAN PKR SELANGOR MENGHAPUSKAN KENAIKAN GAJI MELAMPAU MB SERTA ADUN,DEMO HAPUSKAN RUMAH URUT MAKSIAT SERTA JUDI DAN DI ULANGI DEMO SBLM MNG PILIHAN RAYA 2008 MENGGESA PENUTUPAN KILANG ARAK DI SHAH ALAM,SBLM MNG JANJI APA ?TAKKAN LUPA KOT...
SHAH ALAM -  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali CheguBard akan  hadir sendiri ke mana-mana balai polis jika diperlukan.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, jaminan tersebut dibuat sebagai respons kepada lawatan beberapa anggota polis ke kediaman Pengerusi SAMM itu termasuk kediaman ibu bapanya sekitar jam 11.30 malam tadi di Bukit Chedang, Seremban.

"Ketika ini, CheguBard masih berada di luar kawasan dan hanya pulang pada awal pagi esok (hari ini) dan beliau akan menghubungi pegawai polis yang ingin bertemunya sebaik sahaja tiba di dalam negara.

"Sebagai warganegara yang baik, CheguBard akan hadir sendiri ke mana-mana balai polis jika diperlukan," katanya dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.

Menurut Edy, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada keluarga CheguBard, lebih kurang 9 anggota polis beruniform dan berpakaian preman diketuai oleh seorang pegawai yang perkenal diri sebagai Inspektor Zaafar, hadir menaiki dua kereta dan satu van polis.

"Gagal mendapatkan CheguBard yang ketika ini mempunyai urusan di luar negara, Inspektor Zaafar hanya meninggalkan nota untuk dihubungi.

"Apabila ditanya apakah tujuan kedatangan pihak polis dan adakah ia berkenaan himpunan protes rakyat 31 Disember di Dataran Merdeka, Inspektor Zaafar tidak pasti tetapi menegaskan ia adalah arahan Bukit Aman untuk 'bertemu' CheguBard," katanya.

Tambah Edy, keluarga CheguBard turut memberitahu, walaupun pihak polis telah beredar, namun terdapat sebuah kenderaan dengan dua orang yang tidak dikenali berada tidak jauh dari kawasan rumah.

Tiada ulasan: