Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 21 Disember 2013

Penjawat awam berpeluang miliki telefon pintar

imagePETALING JAYA – Penjawat awam kini berpeluang memiliki telefon pintar terkini melalui skim potongan gaji yang diperkenalkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).
Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, skim itu diperkenal melalui kerjasama dengan Clixster Mobile Bhd.
“Program ini dibuat bertujuan memenuhi aspirasi era digital dan komunikasi tanpa sempadan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika melancarkan inisiatif di bawah program Bijak MyCoop Clixster di sini hari ini.
Buat permulaan, 12 koperasi yang bernaung di bawah Angkasa menyertai program itu, antaranya Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad, Koperasi Kebajikan Bekas Tentera, Koperasi Warga Kastam Kelantan Berhad, Koperasi Pemandu JB, Koperasi Belia Islam dan Koperasi Guru-guru Kelantan.
Pada sidang media kemudian, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile Bhd Mahadzer Arshad berkata program itu memudahkan pembelian telefon pintar dengan penjawat awam tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.
“Kita mudahkan pengguna dengan potongan gaji yang dibuat mengikut tempoh pembayaran yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata, program itu dilihat dapat membuka peluang keuntungan tambahan kepada koperasi yang bernaung di bawah Angkasa. – Bernama

Tiada ulasan: