KESIAN Allahyarham Tun Abdul Razak. Tidak pasal-pasal namanya dikaitkan dengan penerbit filem Hollywood yang tidak ada talian darah dengan beliau.
Penerbit filem itu namanya Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain daripada dia anak tiri kepada anak Tun Abdul Razak iaitu Mohd Najib, dia tak ada apa-apa pun pertalian dengan Tun Abdul Razak.
Mengikut cerita media Amerika dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah anak isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Nong Chik.
Selain Riza Shahriz menjadi penerbit filem Hollywood yang sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan berita di Amerika kerana dikatakan telah membeli sebuah apartmen berharga AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di Central Park, New York.
Tun Abdul Razak diseret ke dalam cerita sensasi ini semata-mata kerana dia bapa Mohd Najib. Orang putih keliru dengan sistem pengenalan kita.
Dalam sistem mereka, ada surname dan given name. Surnama adalah nama keluarga/keturunan. Given name ada nama sebenar seseorang. Misalnya George Walker Bush. Bush adalah nama keluarga/keturunan. George Walker adalah given name. Dalam given name itu pula ada middle nama. Dalam nama George Walker Bush, Walter ada middle nama atau nama tengah.
Jadi, bila wartawan America buat carian Internet nama Mohd Najib, dalam Wikipedia misalnya, mereka jumpa Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Jadi mereka petik nama Tun Abdul Razak sebab pada anggapan mereka itulah surname Perdana Menteri Malaysia.
Saya pun bila ke luar negara, terpaksa guna nama Jasin Abdul Kadir bagi memudahkan kefahaman. Kalau tidak, terpaksa habiskan masa bagi penerangan kepada pegawai imigresen yang memang tak faham sistem identiti kita. Silap-silap kita dituduh pengganas.
Kalau ada orang Malaysia yang ada banyak duit sampai boleh kerjasama dengan pengarah tersohor Hollywood macam Martin Scorsese dan boleh beli apartmen AS$33.5 juta, saya tabik spring lah.-Dipetik daripada blog A Kadir Jasin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan