Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 20 Disember 2013

AKIBAT BENGANG DENGAN PEMBONGKARAN TERHADAP BELIAU,MAKA PERANG DEMO AKAN DILANCAR MAT SABU ?

SEPINTAS LALU TENTANG GOLONGAN KHAWARIJ -BACA DIBAWAH

KUALA LUMPUR- Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.
Menjeling itu juga, katanya, “perhimpunan kecil-kecilan” akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu.
Menurutnya, himpunan “kecil” yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok.
“Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja.
“Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali.
“Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan.
“Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat,” katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini.
Himpunan esok bersempena pelancaran kempen seluruh negara “Faham GST, Tolak GST” yang diumumkan Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.
BERSIH 4.0 mungkin tahun depan
Sementara itu, Mohamad juga berkata, himpunan keempat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka diadakan pada tahun depan atau 2015.
“Satu lagi himpunan BERSIH akan ditentukan tarikhnya kerana ketua BERSIH sekarang iaitu Saudari (pengerusi bersama yang baru) Maria Chin Abdullah masih di peringkat penyusunan kabinet mereka,” katanya.
Himpunan besar-besaran terakhir di ibu negara anjuran BERSIH sebelum ini diadakan pada 28 April 2012.
Sepintas Lalu Tentang Khawarij

Khawarij ketika awal Islam dikenali sebagai kelompok yang menyelisihi para sahabat dalam mengambil maksud nash-nash agama serta memiliki ideologi pemberontakkan dan kepembangkangan terhadap pemerintah. Mereka menganggap dengan memisahkan diri daripada kepimpinan pemimpin yang zalim (walaupun penilaian zalim itu hanya pada anggapan mereka) adalah salah satu bentuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka juga berkeyakinan bahawa sesiapa yang melakukan dosa besar sebagai kafir.

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan, “al-Khawarij berpendapat bahawa tiada ketaatan kepada pemimpin atau amir jika dia melakukan dosa, kerana menurut mereka dosa besar menjadikan pelakunya keluar dari Islam (kafir).

Begitu juga dengan kaum Syi’ah Rafidhah yang menyatakan tiada imam (pemimpin) yang maksum, umat Islam tidak memiliki imam dan tidak mengikuti imam sejak imam yang mereka tunggu-tunggu menghilang. Jadi, sejak saat itu sehingga ke hari ini masyarakat mati dalam keadaan jahiliyyah. Kata mereka, tidak ada imam kecuali imam yang maksum (bebas dari segala dosa), tidak ada haji, dan tidak ada jihad bersama mana-mana amir (pemimpin), kerana imam yang sebenar belum muncul.

Manakala ahlus sunnah melihat jauh ke hadapan, kerana menyelisihi perkara-perkara ini bererti derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, serta akan mengheret masyarakat kepada fitnah yang besar. Bukankah yang membuka pintu fitnah dan peperangan di antara kaum muslimin serta perselisihan pendapat adalah gerakan pembangkangan terhadap para pemimpin?

Walaupun demikian, perkara ini tidaklah bererti ahlus sunnah wal-jama’ah menganggap perbuatan amir yang salah tersebut sebagai bukan kemungkaran. Ahlus sunnah tetap menganggapnya sebagai kemungkaran (cuma cara menanganinya adalah berbeza dan telah ditetapkan kaedahnya oleh syara’ – pent.).

Walaupun pemimpin tersebut minum arak atau menzalimi hak rakyat contohnya, kita tetap wajib melaksanakan solat bersama-sama dengannya, dan solat tersebut adalah sah. Lebih dari itu, ahlus sunnah wal-jama’ah berpendapat bahawa solat Juma’at di belakang imam pelaku bid’ah adalah sah selagi mana bid’ah yang dilakukannya tidak mencapai darjat kekafiran, kerana ahlus sunnah wal-jama’ah berpendapat perbuatan menyelisihi para pemimpin dalam perkara ini adalah termasuk keburukan, dan bagi pemimpin itu sendiri adalah tidak sepatutnya melakukan kemungkaran tersebut. Perkara yang sama berlaku dalam solat hari raya, iaitu ahlus sunnah solat bersama-sama para pemimpin (atau wakilnya) walaupun mereka (pemimpin) adalah orang-orang yang fasiq.

Dengan cara yang tenang ini, jelaslah bahawa Islam merupakan agama pertengahan di antara kelompok yang berlebih-lebihan dan yang terlalu meremehkan.” (Ibnu al-Utsaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasithiyah. Rujuk: http://www.alnasiha.net/cms/node/35 dan http://www.ibnothaimeen.com/soft/AlakidahAlwasetiah.exe)

Ini adalah sebagaimana yang telah terpahat dalam sejarah di akhir era para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’ain ketika berhadapan dengan kepimpinan ‘Abdul Malik B. Marwan dan al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi. Walaupun kedua-dua pemimpin ini begitu zalim dan fasiq, membunuh ribuan nyawa para ulama termasuk dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, minum arak terang-terangan, solat dalam keadaan mabuk, dan merosakkan ka’abah dengan manjaniq, tetapi para sahabat yang hidup pada ketika itu tetap tidak melepaskan tangan ketaatan kepadanya. Bahkan para sahabat bersama-sama para ulama lainnya dari kalangan tabi’in tetap bersolat bersama-sama imam mereka, al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi ini.

Ini benar-benar berbeza dengan apa yang difahami oleh kaum khawarij.

Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menjelaskan tentang kaum khawarij dengan katanya:

لم يختلف العلماء قديماً وحديثاً أن الخوارج قوم سوء، عصاة لله عز وجل ولرسوله صلى الله عليه وسلم، وإن صلوا وصاموا، واجتهدوا في العبادة ، فليس ذلك بنافع لهم، وإن أظهروا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وليس ذلك بنافع لهم، لأنهم قوم يتأولون القرآن على ما يهوون، ويموهون على المسلمين. وقد حذرنا الله عز وجل منهم، وحذرنا النبي صلى الله عليه وسلم ،وحذرناهم الخلفاء الراشدون بعده، وحذرناهم الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان رحمة الله تعالى عليهم.

والخوارج هم الشراة الأنجاس الأرجاس، ومن كان على مذهبهم من سانر الخوارج، يتوارثون هذا المذهب قديماً وحديثاً، ويخرجون على الأئمة والأمراء ويستحلون قتل المسلمين

“Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian dengan hawa nafsunya. Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan. Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)

Kemudian beliau mengingatkan supaya berwaspada terhadap mazhab khawarij kepada kita semua dengan katanya:

قد ذكرت من التحذير عن مذاهب الخوارج ما فيه بلاغ لِمن عصمه الله عَزَّ وَجَلَّ الكريم، عن مذهب الخوارج، ولَم ير رأيهم وصبر عَلَى جَوْر الأئمة، وحَيْف الأمراء، ولَم يَخرج عليهم بسيفه، وسأل الله العظيم كشف الظلم عنه، وعن جَميع المسلمين، ودعا للولاة بالصلاح، وحجَّ معهم، وجاهد معهم كل عدو للمسلمين، وصلى خلفهم الجمعة والعيدين، وإن أمروه بطاعتهم فأمكنته طاعتهم أطاعهم، ولِمن لَم يُمكنه اعتذر إليهم، وإن أمروه بِمعصية لَم يطعهم، وإذا دارت بينهم الفتن لزم بيته، وكفَّ لسانه ويده، ولَم يَهو ما هُم فيه، ولَم يُعن عَلَى فتنته، فمن كَانَ هذا وصفه كَانَ عَلَى الطريق المستقيم إن شاء الله تعالَى

“Sungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah ‘Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab al-khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang). Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma’at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, insyaAllah.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/37)

Tiada ulasan: