Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dikritik hebat sekali gus berdepan kemarahan Adun PR negeri ini yang menganggotai Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) apabila dikatakan ‘membakulsampahkan’ atau mengetepikan memorandum yang disampaikan mereka, berkaitan isu pembangunan rakyat yang perlu diberi penekanan dalam Belanjawan 2014 Negeri Selangor.
Dalam satu kenyataan secara bersama, BBC berkata, amat malang bagi rakyat Selangor apabila kerajaan negeri bercadang membentangkan sebuah Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang gagal membawa isu-isu rakyat secara dekat.
Ini menjadikan Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang bakal dibentangkan dilihat tidak mengikut standard pengurusan ekonomi yang baik di mana belanja mengurus begitu besar berbanding belanja pembangunan untuk rakyat.
Belanjawan 2014 Negeri Selangor akan dibentangkan pada minggu hadapan semasa Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dun Selangor.
Menurut kenyataan itu, Menteri Besar itu juga telah membohongi Adun-Adun PR dengan tidak memanggil mesyuarat lanjutan membincangkan isu yang terkandung dalam memorandum pada 5 November lalu.
Katanya, sebelum ini BBC yang dianggotai oleh Adun Pas, PKR dan DAP telah bertemu dengan menteri besar dan menghantar memorandum yang mengangkat isu-isu besar berkenaan kepentingan rakyat.
“Isu-isu seperti banjir, pengangkutan awam, ketelusan Geran Selangorku, hakisan tanah dan pemulihan cerun, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Universiti Selangor (Unisel) serta beberapa isu lagi.
“Setelah menyerahkan memorandum kepada menteri besar pada 18 Oktober lalu, telah diaturkan satu pertemuan antara Adun PR bersama menteri besar pada 29 Oktober 2013,” katanya.
Kenyataan itu berkata, pertemuan empat jam antara menteri besar bersama Adun–Adun PR pada 29 Oktober lalu di Bangunan Annex, Pejabat SUK Selangor telah berlangsung secara komprehensif.
“Adun-Adun telah menyatakan kebimbangan mereka kepada menteri besar berhubung respons kerajaan negeri yang dilihat terlalu lemah terhadap isu-isu pembangunan di Selangor terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat.
“Hampir kesemua Adun PR yang dipimpin Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali; Adun Kampung Tunku, Lau Weng San dan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan telah membangkitkan keresahan mereka berkenaan sikap birokrasi menteri besar dan Kerajaan Selangor serta memberi cadangan berdasarkan memorandum yang disampaikan,” katanya.
Katanya, selain itu, dalam mesyuarat tersebut, Adun turut membangkitkan sekali gus menolak cadangan menteri besar untuk memotong RM100 juta dana pembangunan untuk rakyat dalam belanjawan 2014 itu nanti.
"Hasil daripada kritikan ini, menteri besar berjanji kepada semua Adun untuk memanggil satu mesyuarat lanjutan pada 5 November lalu sebelum Belanjawan 2014 Negeri Selangor dimuktamadkan dan ditaklimatkan kepada semua Adun pada 7 November 2013.
"Bagaimanapun, menteri besar telah membohongi Adun PR dan tidak memanggil mesyuarat lanjutan pada 5 November 2013 sebagaimana dijanjikan," katanya.
Menurutnya, hasil daripada taklimat Belanjawan 2014 Negeri Selangor kepada semua Adun yang diadakan pada 7 November lalu menunjukkan tidak ada satu pun perubahan atau isu-isu yang dibangkitkan oleh Adun PR sebelum ini dipertimbangkan.
"Ternyata memorandum dan suara Adun PR Selangor telah diketepikan oleh (Tan Sri) Abdul Khalid.
"Kini Tan Sri sedang berdepan dengan kemarahan Adun PR apatah lagi dalam taklimat Belanjawan 2014 tersebut, apabila ada Adun yang membangkitkan berkenaan isu banjir, menteri besar menjawab bahawa isu banjir tidak penting dan tidak memerlukan peruntukan tambahan untuk mengatasinya," tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan