Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 6 Oktober 2013

#TestedTeam4UMNO SUPERB Hishammuddin Patah sayap bertongkat paruh; Namun undur pantang sekali.

Sepanjang tempoh getir ini telalu ramai yang cuba menyalahkan SUPERB Hisyamuddin hingga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya jadi bersikap adil lah Ahli Umno sekalian !!! wajib baca jika sayang kan perjuangan UMNO.
Salam persahabatan Saudara Perwakilan..... Tahukan saudara, Dalam kita ghairah di gelanggang Pemilihan UMNO ini marilah kita bersama Pendekar merenung sejenak, adakah kita terfikir bagaimana undi boleh berada ditangan kita?

Jawapannya, Hishamuddin lah orang yang bertanggungjawab selaku Pengerusi Pindaan Perlembagaan UMNO, yang memberi hak mutlak kepada Perwakilan UMNO Bahagian untuk memilih sesiapa sahaja pemimpin UMNO yang mereka suka. Tak salah kita sama - sama memberi sokongan, dokongan dan dorongan kepada yang berjasa kepada kita. Kekalkan.. kekalkan... kekalkan.
  

adakah kita tahu yang Superb Hisyamuddin banyak berkorban untuk Parti dan sanggup menjadi lilin menerangi kita semua semua persoalan ini akan Pendekar kongsikan bersama sama sahabat semua.



Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 2009 dan kini sebagai Menteri Pertahanan memangku Menteri Pengangkutan.


Sejak kebelakangan ini terlalu banyak tekanan terlah dibuat terhadapnya menunjukkan seolah-olah beliau terlalu tidak berguna.

Semasa bertgas sebagai Menteri Dalam Negeri, berbagai-bagai peristiwa telah beliau lalui dimana setiap yang berlaku itu memerlukan tindakan dan kebijaksanaan untuk menghadapinya untuk memastikan keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia ini terus subur tanpa pertumpahan darah.

Kemuncak kepada semua peristiwa itu adalah pencerobohan di Lahad Datu yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan terkorban dan kebanyakannya adalah dari Pasukan PDRM di bawah kementeriannya sendiri.

Sepanjang tempoh itu telalu ramai yang menyalahkannya hingga langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya tindakan demi tindakan yang dibuatnya.

Buruk sangatkan beliau hinggakan langsung tiada kebaikan yang beliau buat selama ini?

"Menteri Amaran" adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kononnya kerana beliau langsung tidak mampu untuk mengambil tindakan sebaliknya hanya memberi amaran demi amaran.

Sepatutnya kita harus berbangga dengan Menteri yang tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk menunjuk kekuasaan tanpa berfikir panjang hingga menyebabkan rakyat merana.

Selain itu, harus juga kita fikirkan kesediaan jabatan-jabatan yang terbabit di bawah KDN melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara sekarang ini.

Janganlah kita terlalu mengikut emosi sebaliknya marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjadikan negara ini menjadi lebih baik dari apa yang ada hari ni.

Beliau telah laluinya dan hingga hari ini kita masih boleh bebas bergelak ketawa di kedai mamak, bershoping di supermarket dan berbuat apa saja yang kita mahu kerana negara ini aman.

Khas untuk melayu dan ORANG UMNO pula , mari kita hayati apa maksud kata-kata beliau dalam ucapan yang pernah menjadi kontroversi satu masa dulu...Baca selanjutnya [KLIK SINI]

Tiada ulasan: