Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 21 Oktober 2013

Terkini Bersedialah, subsidi tertentu mungkin diturunkan

KOTA BHARU - Kerajaan berkemungkinan menurunkan subsidi tertentu dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

"Bersedialah menghadapi kemungkinan subsidi diturunkan. Saya tidak mahu nyatakan, biarlah PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkannya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 di sini hari ini.

Hasan berkata pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini akan tetap memberikan keutamaan kepada hak pengguna walaupun bakal memberikan kejutan tertentu.

"Kita akan lindungi pengguna dan mereka akan sentiasa kita lindungi. Pada bajet itu sama-sama kita tunggu, bermacam-macam pendekatan kita ambil.

"Bajet ini adalah bajet rakyat. Persatuan pengguna diambil pandangan. Kita pergi ke peringkat akar umbi dan buat dialog bajet dengan pengguna," katanya.

Hasan berkata pihaknya akan turun padang bertemu rakyat untuk memberikan penerangan mengenai belanjawan itu nanti dan berharap semua persatuan pengguna turut membantu kerajaan dalam usaha membuat penerangan.

Katanya kerajaan tidak mahu belanjawan itu dimanipulasi pembangkang dan menyalahtafsirkan niat kerajaan yang baik.

Sementara itu, Hasan berkata seramai 54,634 penjaja dan peniaga kecil berdaftar di seluruh Kelantan mendapat perlindungan insurans melalui Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (PIMPIN) yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari lalu. 

Tiada ulasan: