Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 13 Oktober 2013

Pemilihan UMNO 2013: Najib sifatkan demokrasi subur dalam UMNO Namun Sedikit Penambahan Perlu dilakukan !!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan proses pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang berlangsung di seluruh negara semalam membuktikan demokrasi sentiasa hidup dalam parti tersebut namun dalam suaana pemilihan hari ini perlu sedikit penambah baikkan kerana ada sedikit masaalah timbul hari ini 
  • Kertas undian antara Perwakilan Umno Bahagian dan kertas undi Perwakilan Umno wajib dibezakan dengan warna yang berbeza kerana hasil pemerhatian Pendekar pagi tadi ramai yang mengundi 01 perwakilan Umno bahagian secara tak sengaja tertulis 01 di Perwakilan Umno(contoh 01 sebagai nombor yang mahu diundi) jadi kerugian undi telah berlaku bagi yang mahu mengundi calon yang mereka mahu pilih di nombor yang lain bagi yang tertukar kertas untuk makluman perkara ini benar benar berlaku dan kesilapan mengikibatkan terlalu banyak undi rosak
  • Waktu mengira undi terlalu lama untuk mendapatkan keputusan undi,bayangkan dari tengah hari hingga pukul sebelas malam baru keputusan diterima,ini amat merugikan masa calon yang mahu melihat keputusan mereka itu kalau boleh ramaikan lagi petugas atau fikirkan cara yang pantas ketika proses pengiraan undi,
Beliau turut menyifatkan kejayaan UMNO mengendalikan pemilihan dengan menggunakan sistem baharu "Electoral College" menjadikan parti itu lebih ke hadapan berbanding parti lain dalam konteks demokrasi terbuka.
"Pemilihan (sayap parti) kali ini begitu mencabar tetapi berbaloi kerana kejayaan ini menjadikan UMNO sebuah parti yang mendahului (parti lain) dalam proses demokrasi terbuka.
“Ia juga membuktikan UMNO parti yang paling ke depan dalam mempertahankan dan menegakkan proses demokrasi terbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Media Pemilihan UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Tiada ulasan: