Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 22 Oktober 2013

Padan Muka: Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas

KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu hari ini menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sindiket gores dan menang di negeri itu.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Firdaus Zakaria berkata, mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan pejabat untuk kegiatan mereka.
Sejak September tahun lepas, kami menyerbu premis ini enam kali namun gagal menemui sesiapa sehinggalah hari ini.
Sindiket ini dipercayai mengakibatkan kerugian kira-kira setengah juta ringgit membabitkan 80 mangsa sejak beroperasi tahun lalu, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya sindiket itu yang menjalankan kegiatan di pasar raya dan tempat tumpuan awam, menyasarkan warga emas dengan menawarkan kereta Nissan Almera.
"Mangsa yang dijerat kemudian dibawa ke pejabat mereka dan menawarkan peraduan gores dan menang. Apabila terkena, mangsa akan diminta membayar RM10,00 untuk mendapatkan kereta itu yang akan diserah dalam tempoh dua minggu.
"Selepas dua minggu, mangsa yang datang ke pejabat akan diberi sebuah tilam dan sindiket mendakwa tilam itu bernilai RM25,000 dan boleh memulihkan pelbagai penyakit. Jika mangsa mendesak mahukan kereta juga, mangsa akan diminta membuat bayaran lain,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima pihaknya, ada mangsa membayar sehingga RM70,000.
Seorang daripada yang ditahan hari ini pernah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan sama, namun jelas dia tidak serik, katanya.
Menurut Firdaus, semua yang ditahan hari ini hanyalah pekerja dan pihaknya sedang mengesan dalang sindiket itu.
"Sebelum ini semasa diserbu, premis ini kosong. Namun hari ini kita percaya mereka baru sahaja melarikan diri kerana kereta Nissan Almera yang ditawarkan sebagai hadiah hanya diletak di belakang premis,” katanya menambah berdasarkan aduan mangsa, mereka ditunjukkan kereta itu yang diletak di hadapan premis ketika datang menuntut hadiah. - KOSMO

Tiada ulasan: