Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak pernah membuat kenyataan untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek:
- Dalam perjumpaan dengan pihak Rehda, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah diberikan bukti bahawa Rehda tidak mengeluarkan kenyataan itu malah memberi jaminan mereka tidak terlibat dalam apa-apa kartel dan akan sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan.
- MyCC telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan Rehda dan pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mengenal pasti sama ada terdapat elemen antipersaingan.
- Jika pihak MyCC dapat mengesan sebarang amalan pakatan sulit di antara pemaju-pemaju perumahan dalam menaikkan harga rumah, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Akta Persaingan 2010 akan diambil segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan