Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 21 Oktober 2013

KHAIRY SELANGKAH LAGI MAJU KEHADAPAN SEGAK BERGAYA DI KBS

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10,000 remaja berusia antara tujuh dan 17 tahun akan dilatih menerusi progam Pelan Pembangunan Bola Sepak
Negara 2014-2020.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pelan itu yang akan
dilancar dalam masa terdekat, bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara yang dibawa oleh Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.
"Remaja ini akan dimasukkan dalam program pembangunan bola sepak di
seluruh negara untuk mencungkil bakat terbaik, kita akan pastikan tidak ada bakat terpendam yang tidak diketengahkan.
"Matlamatnya ialah menjelang Piala Dunia Remaja pada 2019, pasukan
remaja layak untuk menyertainya," katanya semasa menjawab soalan tambahan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Abd Khalid bertanya mengenai peracangan yang dilakukan bagi memulihkan
semula kekuatan bola sepak negara dan bagaimana penerimaan peminat sukan itu terhadap pasukan bola sepak tempatan. - Brenama

Tiada ulasan: