Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 20 Oktober 2013

Hajat mengundi tak kesampaian

KUANTAN - “Arwah memang berhajat sangat untuk menjadi perwakilan dan melihat proses pemilihan Umno yang kali pertama dilaksanakan tapi arwah tak sempat mengundi,” kata Ketua Wanita  Bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat mengenai Allahyarham Ariffin Awang Noh, 70, yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Allahyarham Ariffin, pengsan kira-kira pukul 9.30 pagi  ketika menghadiri Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuantan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

Allahyarham sempat diberikan rawatan kecemasan oleh petugas perubatan di dewan tersebut sebelum dibawa ke Hospital Pakar Kuantan, Alor Akar.

Zaiton yang juga anak saudara kepada Allahyarham Ariffin berkata, arwah turut teruja untuk bersama semua perwakilan dan calon yang bertanding semalam.

Bagaimanapun, katanya, Allahyarham sempat bersama ketika menyanyikan lagu Umno dan Negaraku sebelum rebah di bahu suaminya, Mohd Sulong Muda, yang juga Ketua Cawangan Batu 3, Sungai Isap.

Katanya, mereka yang berada di dewan membantu dan Allahyarham dihantar ke Hospital Pakar, Alor Akar namun disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Zaiton berkata, arwah seorang yang aktif dalam Umno lebih 50 tahun lalu dan pernah menyumbang bakti di peringkat cawangan di Kuantan, Maran dan Pekan.

“Sebagai seorang yang aktif dalam politik, bapa saudara saya adalah antara individu yang banyak memberi teguran, sebagai penasihat dan pendengar bagi membantu mengukuhkan Umno di sini, katanya ketika ditemui di Masjid Al-Falah, Sungai Isap, dekat sini.

Menurutnya, semangat bersama parti itu tidak pernah luntur, malah arwah sentiasa mengikuti perkembangan Umno dan membaca akhbar untuk mengetahui isu-isu semasa dalam parti.

Sebagai seorang yang mahu melihat keluarganya menjadi ahli Umno, katanya, arwah sendiri pergi ke rumahnya kelmarin untuk mengambil borang keahlian Umno untuk anak dan menantunya yang belum menjadi ahli.

“Bagaimanapun, borang itu sudah habis dan saya berjanji akan memberinya pada hari lain, tapi nampaknya tidak kesampaian,” katanya.

Zaiton berkata, Umno Kuantan kehilangan seorang ahli yang sangat besar jasanya kerana  arwah aktif memperjuangkan parti dan ahli di cawangannya sehingga akhir hayat.

“Saya melihat tidak ramai lagi veteran Umno di cawangan ini dan kebanyakannya adalah orang baru, tetapi Allahyarham sebelum ini banyak memberi cadangan dan nasihat untuk mengekalkan parti,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Ahmad Zamani berkata, mengakui arwah bapanya aktif dalam parti dan kesemua ahli keluarganya mengikut jejak Allahyarham.
“Kali terakhir saya berjumpanya Khamis lalu kerana kami anak beranak agak sibuk dengan pemilihan Umno di kawasan masing-masing,” katanya yang berada di mesyuarat perwakilan bahagian Indera Mahkota ketika menerima panggilan.
Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada rakan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.45 pagi lalu bergegas ke hospital.

Katanya, ketika itu, keadaan bapanya sangat lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga terdekat di sisinya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta sembilan cucu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner  Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.SH

Tiada ulasan: