Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan atau pun lebih dikenali dengan nama jolokan Azwan Bro tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak pada semalam dengan menyaksikan penabarnya Ibrahim Katop yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian memperoleh undi sebanyak 422 berbanding Azwan Bro.
Sementara itu gandingan Azwan iaitu Datuk Zainol Padzi, yang juga Exco Kerajaan Negeri juga tewas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak dengan Datuk Tajuddin memperoleh 435 undi untuk terus mengekalkan jawatan yang disandangnya dulu.
Usaha Azwan dan Zainol yang bergandingan untuk merampas kepimpinan UMNO Pasir Salak ternyata gagal. Tajuddin dilihat masih relevan dan mendapat sokongan padu daripada perwakilan walaupun ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menabur fitnah dalam kempen sebelum pemilihan termasuk di dalam ruangan media siber.
Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini turut memperoleh keputusan cemerlang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila majoriti undi diperolehnya meningkat dan agak tinggi dan tak hairanlah beliau di terima mejoriti rakyat pasir salak dan lebih membanggakan Beliau terus berjaya dalam mendapatkan kepercayaan dalam persaingan peringkat Majlis Tertinggi MT apabila beliau juga menang dalam pemilihan semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan