Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 September 2013

Terkini DS Najib sindir haji Hadi

Satu kenyataan yang baru dikeluarkan oleh DS Najib sebentar tadi sudah cukup mematikan hujah fitnah haji Hadi serta pemimpin Pakatan Pembangkang yang menuduh Kerajaan hanya memberi keuntungan pada Bumi Putra dan mengabaikan kaum lain sebelum ini,

penulis menganggap kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Pas itu hanya bersikap dendam dan sengaja nak berpolitik cara jijik dari pimpinan pas iaitu haji Hadi beberapa hari lepas

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum lain dalam pembangunan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Beliau berkata kerajaan berpegang teguh kepada peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi, bidang di mana kaum lain, terutama Cina, lebih kukuh.
   
"Dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan dan meningkatkan peranan sektor swasta pastinya akan memberi manfaat kepada masyarakat Cina, khususnya," katanya.
   
Najib berkata pemberian beberapa kontrak kepada syarikat Bumiputera adalah kerana mereka lemah dari segi keseluruhan rantaian bekalan.
   
Inilah bidang yang dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan Cina, dari segi pendapatan yang tinggi memandangkan 'mereka mempunyai kawalan yang lebih baik dalam keseluruhan rantaian bekalan'.
   
"Oleh itu, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa kekayaan kita (Bumiputera) tidak akan memberi manfaat kepada komuniti lain," katanya dalam rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan melalui rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok.
   
Rakaman 30 minit itu dihoskan oleh peneraju terkemuka CNBC Martin Soong
   
Najib ditanya sama ada pengumuman mengenai insentif tambahan untuk memperkasa Bumiputera akan meminggirkan kaum lain.
   
"Saya percaya dalam pertumbuhan saksama, berlaku adil dan menjadi inklusif. 67 peratus daripada penduduk di Malaysia adalah Bumiputera (dan), ini majoriti. yang besar.
   
"Dan jika majoriti ini terpinggir atau merasakan mereka tidak mendapat bahagian kekayaan negara yang adil, ia mungkin menjejaskan kestabilan jangka panjang negara ini, katanya.
   
Setakat ini, Najib berkata ekuiti Bumiputera berjumlah kira-kira 23.4 peratus, masih di bawah sasaran 30 peratus yang disasarkan pada 2020.Bernama
Pendekar amat berasa pelik dengan pimpinan pakatan pembangkang ini dengan kebodohannya yang merugikan kaum bumiputra dengan agenda Malaysia2nya yang jelas menguntungkan kaum cina dap sahaja 

Tiada ulasan: