Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 1 September 2013

SUNGGUH BIADAP :20 JALUR GEMILANG DI TOREH MOHON POLIS SIASAT SEHINGGA TERTANGKAPNYA INDIVIDU BIADAP INI !!!

KEMPEN 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG ANJURAN SAUDARA IRMOHIZAM

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan kita yang lalu Admin dan beberpa badan Ngo serta persatuan Belia kampung telah berjaya mengadakan satu Program bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan temanya yang agak menarik iaitu Kempen satu rumah satu jalur gemilang.
Untuk yang ingin mengetahui cerita mengikut tajuk diatas sila baca cerita itu dibawah kerana Admin nak kongsikan cerita bagaimana kami menyanjung jalur gemilang ini dulu.
OK kita sambung balik cerita tadi ,Program tersebut diadakan atas semagat dan Usaha murni dari YB Muda kesayangan Penduduk K Selangor yang sama sama mahu melihat kawasan dibawah jagaannya yang berbilang kaum sama sama memeriahkan sambutan ini.

Walaupun acara yang Admin buat ini adalah acara berbentuk amal dan admin pun tidak mengambil sesenpun dari acara ini atas semagat Kemerdekaan Admin amat berasa puas kerana dapat menyumbang tenaga serta admin dapat juga memberi sumbangan minuman dan makanan ditaja oleh YB muda kita tersebut.

Akibat dari kesan tertentu tahun ini juga kelihatan semangat menyambut atau memperingati hari tersebut seakan pudar dan tidak bermaya membuatkan YB Muda kita ini mengambil pendekatan bersama sama dengan sebuah pertubuhan belia kampung mengambil langkah mengadakan program "1Rumah 1JalurGemilang" dengan tujuan untuk memberikan sedikit suasana dan kegembiraan untuk menyambut hari yang bahagia itu.
Lebih 70 buah rumah telah dipasangkan bendera Jalur Gemilang tanpa mengira kaum dan agama, senyuman manis terukir dibibir menyambut baik kedatangan belia yang menyerahkan bendera dari rumah ke rumah.
Tetapi yang harus dipuji adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dato Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim kerana kesungguhan beliau untuk turut bersama dalam menjayakan program tersebut.
Walaupun sibuk dengan pelbagai undangan dan temujanji yang harus dipenuhi namun YB muda ini tidak pernah jemu, tidak kenal penat dan lelah untuk menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada beliau.
Dalam ucapan perasmian beliau turut memberi peringatan kepada belia-belia untuk sayang kepada negara sambil menceritakan pengalaman negara luar yang kini diambang kehancuran akibat peperangan.
Ramai dari kalangan belia terharu dengan kehadiran seorang pemimpin besar yang  sanggup untuk bersama belia-belia kampung dan ini membuktikan bahawa beliau adalah pilihan yang tepat bagi golongan muda dan belia.
Kekangan masa dan tugas tidak menjadi penghalang kepada beliau sekaligus membuktikan bahawa generasi baru juga mempunyai kemampuan untuk memimpin negara yang bertuah ini.
Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB muda yang hebat kerana kemitmen yang diberikan dan penulis doakan agar beliau terus maju dan berjaya dalam tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada beliau tanpa menggugat peranan belaiu sebagai seorang Ahli Parlimen.
Untuk makluman semagat yang di bawa ini menunjukkan walau sebesar mana tanggung jawab kita dengan tugas penduduk tetap diutamakan terutama pada golongan yang berbilang Kaum seperti apa yang di buat YB Irmohizam ini,
Sebenarnya tajuk cerita diatas itu bermula dibawah ini 
Ipoh:Apakah motif yang tersirat didalam kejadian semalam apabila lebih 20 Jalur Gemilang termasuk bendera terbesar milik mereka sepanjang 15 meter sengaja dirosakkan individu tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam di Kampung Tersusun Tasek, Bercham
Semua bendera itu didapati dirosakkan dengan ditoreh menggunakan objek tajam disedari seorang penduduk pada jam 6.30 pagi semalam ketika dia dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja.

Ketua kampung berkenaan, Ammad Mat Wali, 66, berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memasang semua bendera itu bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan sempena pertandingan kibar Jalur Gemilang membabitkan 10 kampung dalam mukim Tanjung Rambutan, di sini.
“Ahli JKKK kampung ini bergotong-royong memasang bendera di sekitar kawasan kampung dan persimpangan jalan, petang semalam (kelmarin) dan sehingga kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam). Malah, anggota Rukun Tetangga yang membuat rondaan malam kelmarin mendapati semua bendera berada dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, seorang penduduk yang melalui kawasan tempat kami menggantung bendera besar itu jam 6.30 pagi tadi (semalam), menyedari semua bendera itu rosak akibat ditoreh,” katanya.

Berikutan itu, Ammad berkata, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Bercham dan mereka mahu pihak berkuasa mengesan serta memberkas individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab ini.
“Hati kami amat sakit dan benar-benar terguris dengan perbuatan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian merosakkan bendera berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan berjanji akan menyiasat dengan penuh komitmen agar berjaya menangkap individu tersebut.

Tiada ulasan: