Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 6 Ogos 2013

PERUTUSAN AIDILFITRI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR DATUK SERI NOH OMAR.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd

Alhamdullilah dengan izin dan limpah rahmat Allah SWT, kita sekali lagi akan menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia setelah sebulan kita berpuasa.

Marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur dengan penuh kerendahan kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

Seperti yang kita sedia maklum umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana dapat hidup dengan aman dan damai. Kita perlu menyedari tidak semua negara-negara di dunia ini dapat menikmati keamanan yang sedang kita kecapi sekarang. Alhamdulillah kita bebas dari peperangan, konflik, penindasan mahupun bencana alam sepertimana yang dialami atau dilanda sesetengah negara di seluruh pelusuk dunia.
Hasil daripada keamanan ini Malaysia dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mencipta banyak kejayaan hasil daripada sokongan dan juga kepercayaan yang terus diberikan oleh rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

Saya yakin, kerajaan Barisan Nasional yang terus diberikan kepercayaan pada pilihanraya yang lepas akan meneruskan komitmen membawa berita kejayaan yang berterusan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dalam mencapai status negara maju, kerajaan Barisan Nasional akan terus memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat supaya rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik dari masa ke semasa.

Harapan saya semoga Aidil Fitri yang bakal menjelang akan memberikan suatu makna dan erti yang besar dalam diri kita. Semoga kita akan merasai perubahan di dalam diri dan terus berusaha meneruskan segala amalan yang kita lakukan di sepanjang Ramadan yang lalu.

Sempena hari dan bulan yang mulia,ini jangan kita lupa jasa dan bakti para pahlawan negara yang berjuang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai. Pengorbanan mereka dilupa jangan dalam konteks menjadikan negara ini yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia. Terima Kasih atas segala pengorbanan dan jasa bakti yang dicurahkan selama ini.

Akhir kalam, sempena Aidil Fitri yang mulia ini, marilah kita terus mengekalkan tradisi ziarah-menziarahi bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim. Lupakan sebentar perjuangan politik dalam menghayati hari kemenangan kita selepas sebulan kita berjihad untuk melawan hawa nafsu.

Saya serta keluarga dan juga seluruh kepimpinan UMNO Negeri Selangor menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Selangor khasnya diatas apa jua yang terkhilaf dalam memberi perkhidmatan untuk rakyat. Saya mendoakan semoga kita dapat meraikan Aidilfitri ini bersama-sama keluarga dan orang-orang tersayang. Semoga selamat dalam perjalanan ketika meraikan hari kemenangan ini.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd
WabillAahi Taufiq Walhidayah 

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Terima Kasih.

Tiada ulasan: