KANGAR - Seorang pemuda mengambil jalan mudah semata-mata mendapatkan modal bagi jualan air soyanya di sebuah bazar Ramadan di daerah ini apabila sanggup melakukan kegiatan pecah tabung masjid menjelang bulan berpuasa lalu.
Pemuda yang berusia 23 tahun itu setakat ini telah memecah tabung dan melarikan wang di enam buah masjid sekitar ini yang kerap dilakukannya pada waktu petang selepas jemaah meninggalkan masjid.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa dalam sidang akhbar hari ini berkata, bagaimanapun perbuatan licik peniaga air soya itu akhirnya ditumpaskan hasil intipan pihaknya ekoran aduan kegiatan tersebut yang berleluasa pada Ramadan ini. - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan