Tan Hye Yee (Alvin), 25, dan Vivian Lee, 24, diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindkan lanjut bagi diambil keterangan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam pada bulan Ramadan dengan memuat naik gambar memakan bak kut teh (sup tulang babi) di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Negara berkata, pasangan itu perlu memberi keterangan selepas satu kertas siasatan baharu dibuka ke atas pasangan tersebut mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif melibatkan agama.
"Polis Negeri Sembilan sebelum ini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan perbuatan mengeluarkan perkataan yang dengan sengaja mengguris hati orang berlainan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan