Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 1 Julai 2013

KETUA MENTERI MELAKA AKAN TERUSKAN KEPUTUSAN BUKA JALAN JONKER WALK!! #BBC #BC

KERAJAAN NEGERI TIDAK TERAGAK AGAK GUNAKAN JALAN TERAKHIR DENGAN UNDANG2
KERAJAAN NEGERI MELAKA tidak akan berganjak dengan keputusan membuka jalan di sekitar Jonker Walk untuk laluan kenderaan sebagai alternatif mengurangkan kesesakan lalu lintas di Banda Hilir.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, sejak lima tahun lalu, kerajaan negeri menerima lebih 1,000 rungutan orang ramai termasuk pelancong yang kecewa kerana terkandas akibat kesesakan lalu lintas.

"Saya tidak akan berganjak selagi hasil kajian tidak menunjukkan penutupan jalan di sekitar Jonker Walk bukan punca kepada kesesakan lalu lintas yang berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok Mesyuarat Tahunan Cawangan Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Tangga Batu 2013 di Dewan Japerun Sungai Udang, di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius kepentingan orang ramai terutama pengguna jalan raya yang terpaksa menempuh kesesakan lalu-lintas, khususnya pada hujung minggu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Pembangunan Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad sebelum ini memberitahu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah terakhir sekiranya ada peniaga yang masih berdegil tidak memberikan ruang kepada kerajaan negeri membuat kajian.

Ghazale berkata, kajian tersebut dilakukan untuk tempoh empat minggu bagi mengenal pasti sama ada Jonker Walk dan jalan di sekitarnya menjadi punca kepada kesesakan lalu-lintas di Banda Hilir. - AP

Tiada ulasan: