Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 20 Julai 2013

IBU TUNGGAL DIINGATKAN SUPAYA MENDAFTARKAN DIRI DENGAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA BAGI MEMUDAHKAN MENERIMA INSENTIF2

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim meminta supaya Ibu tunggal diminta segera mendaftarkan diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.

Menurutnya lagi berdasarkan inventori kementerian, hanya 70,000 ibu tunggal sudah berdaftar setakat ini walaupun bilangan sebenar diyakini lebih tinggi.

"Semua ibu tunggal diminta berdaftar dengan persatuan ibu tunggal yang terdekat untuk pengesahan sebelum persatuan itu mendaftar dengan jabatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 300 penerima yang terdiri daripada penghuni Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal Rumah Perlindungan Nur Kasih

Pssstt..pada golongan ibu tunggal diingatkan pendaftaran itu penting bagi membolehkan kementerian mendapatkan jumlah sebenar ibu tunggal dan seterusnya merangka program terbaik untuk mereka

Tiada ulasan: